Followers

Monday, 22 October 2012

Sehari Semalam di Kemaman

As-salam.

Selesai kami makan nasi mandy pada tengah hari Rabu lepas di Restoran Al-Muttaqin, kami bertolak ke rumah kawan Pak Aji di kawasan tepi pantai di Kemaman. Rumahnya cukup besar dan terdapat sebuah ruang yang boleh dianggap seperti dewan yang boleh memuatkan sekitar 100 orang. Ruang ini selalu dimanfaatkan apabila terdapat ulama yang berkunjung ke Malaysia. Cuba lihat rumah tersebut dan ruang yang dimaksudkan:


Rumah tempat kami bermalam semalaman.
Dewan yang cukup luas. Kelihatan sarapan kami di sudut kanan.


Selain dinding yang dihiasi foto ulama-ulama besar, terdapat juga jenis kain lama seperti berikut:

Kain Palembang Jantan.
Kain Cindai Betina.

Sekitar petang Mak Aji dan Pak Aji keluar ke seberang jalan rumah tersebut untuk merasa satar yang dijual. Ini warung satarnya:


Satar di warung ini cukup sedap manakala otak-otaknya agak biasa sahaja.
Berpuluh satar kami kerjakan!!

Kami dimaklumkan selepas makan satar di warung tersebut bahawa terdapat satar yang lagi sedap tidak jauh dari situ, katanya Satar Wan Aziz. Malangnya kami tidak lagi berpeluang untuk mencuba. Alhamdulillah satar inipun sudah cukup sedap bagi kami.



Nasi Mandy Restoran Al-Muttaqin

As-salam.

Pada hari Rabu lepas Mak Aji, Pak Aji serta guru Pak Aji (Baba Aziz) bertolak ke Kemaman kerana ada sedikit urusan. Menjelang tengah hari kami menyinggah untuk makan di Restoran Al-Muttaqin di Taman Chukai Utama, Kemaman. Itu kunjungan pertama kali Mak Aji ke situ. Tuan punya restoran (suaminya) merupakan salah seorang murid kepada Baba. Di dalam restoran terdapat suatu ruang khas untuk tetamu duduk bersila menjamu selera. Suasana di bilik tersebut menjadikan tetamu berasa seolah-olah berada di negara Arab - dekorasi yang terdiri daripada kusyen serta hiasan lain yang diterbangkan khas dari tanah Arab. 

Set kusyen yang cantik dari tanah Arab.
Setiap set terdiri daripada empat kusyen, satu kusyen untuk tempat duduk,
dua kusyen untuk belakang dan satu kusyen untuk meletak lengan.
Nasi mandy kambing dan ayam.
Produk lain juga dari negara Arab.
Terdapat juga kek dan kuih-muih.
Ruang makan di restoran. Di sebelah kanan ruang (dinding gelongsor bercorak)
untuk tetamu makan bersila.
Menu nasi di Restoran Al-Muttaqin.
Hadapan kedai.

Restoran ini bukan sahaja menghidangkan masakan Arab, malahan masakan barat juga. Seperkara yang cukup istimewa ialah tukang masak masakan Arab didatangkan khas dari Yaman untuk menjamin keaslian masakan dan kambing yang digunakan untuk masakan juga berusia sekitar enam bulan. Dengan itu daging kambingnya cukup lembut dan sedap. Cara masakan nasi mandynya dikatakan menggunakan cara tradisional Arab - dimasak di dalam tanah! 

Oleh itu, sekiranya anda berkunjung ke Pantai Timur melalui jalan pantai, jangan lupa untuk mencuba nasi Arab di Restoran Al-Muttaqin - anda pasti akan berazam untuk berkunjung lagi!!


Jalan-jalan Orang Pencen

As-salam. 
Lama benar rasanya Mak Aji tidak bersiaran. Mak Aji mengalami sedikit kesukaran untuk mendapat akses internet dek kerana kejahilan teknologi. Telefon bimbit sudah ada internet dan i-Pad sudah di kelek ke hulu ke hilir tetapi Mak Aji tidak tahu sepenuhnya cara untuk menjadikan telefon bimbit sebagai 'ibu' untuk mendapat akses internet. Setelah diajar anak buah di KB barulah ketahuan.

Sebenarnya Mak Aji dan Pak Aji berjalan-jalan agak jauh juga dalam tempoh seminggu ini. Kami bertolak ke Kemaman pada hari Rabu lepas, tidur semalam di Kemaman, bertolak ke Kota Bharu dan tidur di Kok Kapok, Thailand, tidur dua mala di rumah kakak di Pasir Tumboh, terus bertolak balik ke KL. Semasa tiba ke Gua Musang kami melihat persimpangan ke Cameron Highlands, lalu terus masuk. Kami kami sekarang di Cameron Highlands di rumah adik yang bertugas di sini! 

Itulah dia kisah jalan-jalan orang pencen. Ke mana tergerak hati untuk pergi, insya-Allah boleh sahaja pergi (tentunya yang dekat-dekat sahaja, yang jauh tidaklah termampu pula), tanpa perlu fikir untuk balik cepat kerana tugas di pejabat menunggu! How wonderful life is!! 

Mak Aji ada merakam  banyak foto jalan-jalan kami untuk dikongsi tetapi oleh kerana kabel tidak dibawa maka muat naik foto ditangguhkan dahulu. 

Cuaca di Cameron seperti juga di Kota Bharu dan selatan Thailand, juga di KL, agak kurang menentu, kadang-kadang hujan umpama musim tengkujuh dan kafang-kadang agak panas. Di Cameron cuaca agak sejuk dan semasa kami hampir tiba kabus tebal menyeliputi hinggakan kereta terpaksa dipandu perlahan. Apapun alhamdulillah kami tiba dengan selamat. 

Sebentar lagi kami akan keluar untuk bertolak balik ke KL. Sebelum itu insya-allah akan menyinggah  ke beberapa tempat menarik. Nantikan fotonya nanti! 

Tuesday, 16 October 2012

Bawa Batu dan Lesung Batu ke Mekah

As-salam.

Mak Aji membaca akhbar Metro dan terdapat cerita berikut yang agak pelik dan lucu seperti berikut:


Jemaah bawa sekarung batu ke Makkah

JAKARTA: Pihak berkuasa lapangan terbang di Jawa Timur dan Jawa Tengah minggu lalu merampas batu kecil yang dibawa jemaah haji dalam bagasi mereka untuk digunakan bagi tujuan melontar jamrah.

Mereka bimbang batu yang ada di Makkah tidak mencukupi untuk jutaan jemaah haji, lapor media, semalam.


Di Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, Surabaya pegawai keselamatan merampas sekarung batu yang disembunyikan beberapa jemaah dari Gresik dalam bagasi mereka, tetapi dikesan pihak berkuasa melalui pemeriksaan imbasan. Mereka turut menemui cobek (lesung batu) dan beberapa peralatan masakan di dalam bagasi tangan, lapor detik.com.


Di Lapangan Terbang Adisumarmo di Surakarta, Solo batu turut dirampas pegawai keselamatan yang curiga apabila mesin pengimbas menunjukkan “objek aneh” di dalam sesetengah bagasi tangan jemaah.


Pihak berkuasa lapangan terbang turut merampas objek larangan seperti gunting, alat potong kuku, pisau, madu, kicap dan losyen tangan.


Jemaah haji memerlukan antara 49 dan 70 butir batu untuk ibadah melontar jamrah bergantung kepada bilangan hari mereka akan berada di Mina. Bagaimanapun, batu untuk tujuan melontar sudah disediakan pihak berkuasa Arab Saudi.



Jurucakap Hal Ehwal Pengangkutan Haji, Syarif Hidayat berkata, kes jemaah membawa objek berbahaya dalam bagasi tangan semakin berkurangan setiap tahun. Kebanyakan jemaah sudah menyimpan barangan peribadi mereka dalam bagasi didaftar masuk dan tidak membawanya ke dalam kabin pesawat. - Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/16


Ada ke dibawanya lesung batu, isy, isy, isy!!
Foto sekadar hiasan.
Sumber

Mak Aji difahamkan bahawa, tidak seperti jemaah Malaysia yang tidak perlu memasak di Mekah dan Madinah, jemaah dari seberang memang memasak di sana. Di situlah timbulnya keperluan lesung batu, pisau, kicap dan sebagainya!  Bersyukur kita rakyat Malaysia, terutama kaum ibu ya, di sana tidak perlu masuk dapur, cuti ke dapur, main ceduk, makan aja! Lalu tidak lalu makan, lain cerita, yang penting telan sahaja dan mulut dizip ketat-ketat, he he!!


Smoothie Mangga

As-salam.

Petang semalam Mak Aji mencuba Tefal mixer untuk membuat smoothie. Bukan  smoothie yang 'cukup sifat' pun, yang sekadar menggunakan apa yang ada sebab stok susu segar habis, begitu juga dengan yoghurt. Semalam yang adapun cuma buah epal hijau. Jadi itulah yang dicuba semalam.

Pagi ini pula Pak Aji membeli mangga (terlupa pula memesan yoghurt - kurang cukup sifat jugalah kali ini) dan smoothie dicuba sekali lagi. Ini hasilnya:

Yummy smoothie with a sprig of mint!
Penghilang dahaga di kala cuaca panas.
Very smooth smoothie!

Catatan: Sangat berpuas hati dengan Tefal Mixer yang dibeli semalam dengan harga RM199 di Harvey Norman, Ikano Power Centre, Mutiara Damansara. Jagnya cukup tebal dan kalis calar, cukup kuat untuk menahan aksi menghancur ais!




Monday, 15 October 2012

Tinjau Jualan di Harvey Norman

As-salam.

Lewat pagi Mak Aji dan Pak Aji ke beberapa buah kedai barangan elektrik dan seterusnya ke Harvey Norman di Ikano di Mutiara Damansara. Rupa-rupanya ada jualan. Namun kami cuma ke bahagian barangan elektrik (kalau seorang sahaja mahu lebih jauh Mak Aji menapak, alamat puaslah mengukur luas ruang Harvey Norman!). Apabila berdua pendek sedikitlah langkah, pendek kata, baik sedikitlah.  

Kalau ingin meninjau dan seterusnya membeli barangan elektrik, eloklah ke sana sebab pilihannya cukup banyak. Sebut sahaja anggaran peruntukan yang kita ada untuk sesuatu barangan dan semaklah dengan harga yang terpampang, daripada yang paling murah hinggalah yang paling mahal. Sebenarnya mereka tidak membenarkan tetapi sebelum Mak Aji dilarang merakam foto, sempat jugalah Mak Aji merakam beberapa barangan yang istimewa seperti berikut:

Kenwood mixer - adalah yang solid steel wei, siapa kata takde??

Immersion/hand-held blender yang macam mereka pakai buat puree tu!!
Takdalah mahal sangat! Sekali dengan chopper dan ada yang sekali
dengan whisk juga!

Terjumpa blender yang boleh buat smoothie, ada fungsi
ice-crusher lagi!! - di punat depan tengah.
Convection oven generasi yang terkini - yang Mak Aji punya generasi antik!!
(dari jenama yang sama, Panasonic - Mak Aji punya masih National).


And, last but not least, cuba teka apo e ko bondo nih???


Inilah radio mudah alih generasi baru yang ada stand macam flat-screen TV,
juga boleh disangkut ke dinding! Ada remote lagi!

Untuk pengetahuan radio ini boleh 'membaca' CD MP3, juga boleh dicucuk USB - ada portnya. Pertama kalilah kedua-dua orang tua ni melihat radio secanggih ini.

Kami sebenarnya keluar dalam misi mencari radio mudah alih yang boleh dicucuk USB selain boleh mainkan CD MP3. Radio mudah alih sedia ada agak kurang cerdik sedikit, tidak tahu 'membaca' CD MP3. Jadi, bila ingin mendengar CD, kami tidak dapat mendengar apa-apa! Jadi inilah yang kami angkut balik selain Tefal Mixer (untuk buat smoothie tentunya!! Dah dapatlah MONIE!). Yang lain-lain itu biarlah orang lain pula membelinya!!

Catatan: MONIE, Mak Aji terjumpa set spin mop yang macam Mak Aji beli tempoh hari, cuma yang ini lebih baik, lebih tegap, bahagian dalam tempat perah mop daripada keluli, harganya RM159! Kedainya betul-betul di pintu hadapan Harvey Norman di Ikano ini. Pak Aji kata, "patut beli yang ini!" Haisyyyy!

Oh ya, Mak Aji terpandang peti ais pelbagai warna, hijau, merah, macam yang dalam 30 Minute Meals dengan Rachael Ray, harganya (yang saiz peti ais dua pintu yang paling kecil) yang berpintu satu dekat RM10,000!! Cantik bentuknya! Mak Aji teringat peti ais arwah atuk dahulu begitulah rupanya cuma warnanya kelabu asap sahaja!).
 

Sunday, 14 October 2012

Idaman Kalbu

As-salam.

Melihatkan kek hasil kerja tangan blogger-blogger terkedu juga Mak Aji dibuatnya, apa lagilah kita yang baru bertatih dalam usaha memasak kek dan yang seumpamanya (meski usia sudah sedikit lebih separuh abad). Apa lagilah dengan gadget masing-masing, terutama Kitchen Aid yang bukan sahaja digunakan blogger kita malah oleh Ina Garten dalam Barefoot Contessa di Astro. 

Ekoran itu, Mak Aji saja-saja menggoggle dan mendapati rupa-rupanya ada juga diskusi yang membandingkan antara Kenwood dan Kitchen Aid dan pemenangnya ialah ....... Kitchen Aid. Pangadun jenama ini dikatakan solid metal buatan Amerika berbanding Kenwood yang banyak komponennya plastik dan buatan China. Dari segi harga adalah juga perbezaannya. Cuba lihat maklumat berikut yang Mak Aji peroleh daripada ejen penjual Kitchen Aid di Malaysia. Di sini (KL) juga memang ada after sales service; ini juga amat penting untuk penyenggaraannya. Lihatkan rupa dan harganya:


Nampak tidak rupa dan harganya???

Kalau tidak nampak, mari kita lihat sekali lagi:


Cantik, kan! Raspberry Ice warnanya!!

Sebenarnya ada sepuluh pilihan warna dari putih hingga merah jambu dsbnya. Cuma ejen ini yang menjual warna ini dan hitam.

Apa macam, terliur tak?? Tutup mulut tu, menganga lama nanti masuk lalat!! Harganya RM2390.00 tidak termasuk pengangkutan?


Catatan: Siapalah gerangan yang akan memberikan ini sebagai hadiah ya??? Tapi, kan kalau ada benda ini kek tidak menjadi, kita yang salah tau, bukan pengadun. Dalam hal itu, tentulah tiada maaf bagimu!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...