Followers

Showing posts with label White House. Show all posts
Showing posts with label White House. Show all posts

Monday, 19 December 2011

White House

Pernahkah anda dengar Kedai Kopi White House di Kota Bharu?? Mak Aji pernah terjumpa Dahlan Zainuddin dan Rosnah Md. Nor suatu ketika dahulu di kedai itu (orang muda tentunya tak tahu siapa mereka, orang lama macam Mak Aji tahulah tu!). Pernah suatu malam (ditutup pada waktu solat Maghrib tetapi dibuka semula selepas solat Isyak) ketika cuti sekolah - masa itu anak-anak masih bersekolah lagi - kami sekeluarga singgah untuk minum dan kedai penuh padat hinggakan kami terpaksa berdiri menunggu pelanggan bangun dan cepat-cepat duduk sebelum pelanggan lain duduk! Kalau nak tahu lokasinya - betul-betul berhadapan dengan Masjid Muhammadi, di tengah-tengah bandar Kota Bharu, berhampiran Tambatan di-Raja.  

Di sini anda boleh makan nasi berlauk, nasi dagang, nasi tumpang, juga yang paling istimewa, roti bakar (dibakar atas dapur arang/anglo) dengan home-made kaya serta mentega dan juga telur masak separuh! Pada suatu pagi kami menyinggah dan ini yang kami pesan:

Telur masak separuh, roti bakar dengan kaya dan mentega!!
Nasi tumpang, nasi berlauk, nasi dagang
Nasi tumpang (tupe)
Menu serta harganya - boleh tahan!
Suasana dalam White House
Jadi, lain kali anda ke Kota Bharu, jangan lupa menyinggah dan pekena roti bakar dan telur masak separuhnya!! Terbaikkk di Kota Bharu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...