Followers

Showing posts with label perabot. Show all posts
Showing posts with label perabot. Show all posts

Thursday, 23 May 2013

Tinjau Perabot Lagi

As-salam.

Pagi ini Mak Aji melayan diri ke SSF di Sri Damansara (di sebelah kiri menghala ke Sungai Buloh. Di kanan jalan menghala ke Sungai Buloh juga ada tetapi perabot banyak di sebelah kiri) dengan hajat meninjau cermin untuk ditempatkan di suatu dinding di rumah. Banyak pilihan cermin kristal terdapat di situ dengan harga yang berpatutan. Selain cermin ada juga ditinjau kabinet untuk dipadankan dengan cermin tersebut. Jom kita lihat apa yang ditawarkan di sana ya!

Paling suka yang ini!
Ada dua pilihan warna, putih dan hitam.
Mak Aji suka meja sisi bertema Inggeris dengan motif bunga rosnya.
The perfect setting for  a romantic dinner for two!!
Cermin dan kabinet kristal.
Juga kabiner serta cermin kristal dengan latar belakang hitam.
Bercorak kontemporari.
Juga moden kontemporari.
Kebanyakan cermin bermotif klasik.
Meja sisi ini juga tidak kurang cantiknya.
Meja buffet yang menarik!
Cermin yang sesuai untuk dinding yang memanjang, juga gaya klasik.
Menarik gaya hiasan meja sisi yang bulat ini.
Cermin klasik ini juga dalam warna putih dan hitam.
Kabinet bereka bentuk sederhana sesuai dipadankan dengan cermin
yang coraknya agak sarat agar ada kontras.
Cantik suai padan gaya Inggeris ini!
Akhirnya di akhir kunjungan Mak Aji memutuskan untuk membawa pulang yang berikut:

Ini dia hasil carian pada pagi tadi!

Sambil menjamu mata di SSF terdapat pula peraduan yang dianjurkan olehnya. Sesiapa yang berkongsi gambar seperti dibawah di FB masing-masing dan mendapat paling banyak like akan menerima hadiah, jadi Mak Aji apa lagi, terus menyertainya!!

Memang Mak Aji suka pun SSF!!

Catatan: Harga yang terpapar itu hanyalah untuk ahli SSF sahaja, jadi kalau anda belum lagi ahli, eloklah anda berdaftar dengan mereka untuk menikmati potongan harga!



Monday, 8 October 2012

Re-purposing Furniture

As-salam.

Semua orang sukakan rumah yang cantik dan selesa untuk dihuni. Walaupun begitu, tidak semua orang mampu mendapat rumah yang besar, mewah dan serba lengkap. Mak Aji sejak kecil yakin akan kata-kata yang lebih kurang begini -"learn to use what you do have, then you don't need what you don't have!" Kata-kata ini boleh kita aplikasikan dalam hal menghias rumah kita untuk menjadikannya rumah yang seselesa mungkin mengikut kemampuan kita! 

Cukup sekadar itu sebagai pengenalan. Sebenarnya Mak Aji hendak bercerita tentang re-purposing perabot dalam usaha menghias rumah dengan peruntukan yang terhad (ada yang merujuknya sebagai deko bajet - cuma Mak Aji agak kurang selesa menggunakan perkataan bajet!). 

Banyak blog yang memperkatakan hal ini dan kebanyakannya bercerita tentang usaha antara lainnya, membeli perabot terpakai dan mengecat dan memperbaharuinya, ada pula yang mempelbagaigunakannya, contohnya mengubah dresser menjadi kabinet audio video seperti ini:


dan sebagainya. 

Cuba teka bangku ini apa asalnya??
Sumber
Kaki mesin jahit menjadi meja konsol!
Sumber

Mak Aji sendiri pun sebenarnya pernah kerja re-purposing seperti menggunakan meja konsol sebagai meja solek, meja tulis dan sekarang sebagai meja SOHO seperti berikut:

Meja konsol diubah guna menjadi meja kerja (SOHO).

Yang pernah juga dibuat, menukar fungsi kabinet buku/fail kepada kabinet pinggan mangkuk seperti berikut:

Daripada menyimpan buklu dan fail
kepada pinggan mangkuk!

Cuma satu sahaja peringatan, pastikan raknya cukup kuat untuk menampu berat pinggan mangkuk! Kalau tidak, nescaya roboh!


Thursday, 20 September 2012

Perabot Baru atau Yang Terpakai?

As-salam.

Mak Aji suka membuat tinjauan sebelum membeli apa-apa. Perlu rasanya kita berbuat demikian agar kita benar-benar mendapat apa yang dihajati dengan harga yang paling murah tanpa berkompromi dari segi kualiti. Ini yang orang lelaki tidak suka. Sebab itulah kerja membuat tinjauan perlu dibuat bersendirian atau bertemankan kawan wanita! Barulah satu kepala! 

Mak Aji agak terbuka jika diberi pilihan sama ada untuk membeli perabot baru atau terpakai - bergantung keadaan. Kalau yang baru harganya agak mahal (harga barang tidak tahu turun, asyik naik sahaja) tetapi kualitinya tidak seberapa (kayu papan lapis), elok lagi membeli yang terpakai yang kualitinya (biasanya jenis kayu keras yang sudah diuji masa). Tambah pula lagi jika kita cukup bernasib baik terjumpa perabot yang agak antik (istilah antik Mak Aji difahamkan - setidak-tidaknya di Malaysia - digunakan untuk merujuk barang yang berusia 50 tahun ke atas). Inilah yang Mak Aji maksudkan dengan terjumpa 'harta karun' dalam beberapa entri yang lepas!

Pada akhir tahun 1980-an Mak Aji ada mengekor mak cik (mak saudara) ke Kedai Abdul (kedai barang antik) di Jonker Street, Melaka. Macam biasa, mak cik yang sememangnya pengumpul perabot antik sibuk membelek perabot (yang penuh habuk - pergi sampai ke hujung kedai yang gelap dan penuh habuk!). Mak Aji pun ikut sama. Mak cik akhirnya membeli perabot yang harganya beberapa ribu ringgit dan Mak Aji pula hanya berhabis RM700 sahaja! Hati Mak Aji terpaut pada sebuah gerobok baju lama yang sudah diubah suai menjadi almari hiasan. Usianya ketika itu sudah lebih 50 tahun. Cuba bayangkan usianya sekarang - 70 tahun lebih!! Ini rupanya almari kesayangan Mak Aji, satu-satunya barang antik di rumah!:


Almari tuaku!

Almari masih utuh hingga ke hari ini, hanya perlu disapu minyak khusus untuknya sekali sekala. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...