Followers

Showing posts with label i-Pad dan notebook. Show all posts
Showing posts with label i-Pad dan notebook. Show all posts

Tuesday, 14 October 2014

I-Pad Hilang!

As-salam.

Mak Aji jarang menggunakan i-Pad kecuali untuk melihat wayang (Siri Downton Abbey aje pun!) yang dimuat turun oleh Boy atas arahan Mak Aji - lebih mudah dibawa ke hulu ke hilir sambil menontonnya berbanding duduk menghadap PC. Kali akhir Mak Aji nampak Zhafran sibuk melayan Aleesya menonton Upin Ipin di i-Pad tersebut. 

Boy Mak Aji minta untuk memuat turun Downton Abbey Siri 5 - asyik ketinggalan menontonnya di TV. Balik dari kampung tempoh hari Mak Aji tercari-cari i-Pad - tiada siapa yang tahu - segenap orang Mak Aji tanya.



Masih ada rezekiku!. Jangan hilang lagi tau!! I-Pad sedang tumpang 'menyusu' 
di radio - ada dock khas yang disediakan.

Akhirnya hati terdetik untuk menyelak kusyen sofa di ruang tamu - kadang-kadang ada yang suka sorok barang di situ. Alhamdulillah ada pun dia di situ! Leganya! Kalau hilang alamat tiadalah lagi Mak Aji membeli yang lain sebab Mak Aji jarang pakai pun - asyik orang lain sahaja yang pakai! Biasanya Boylah - diletaknya di hadapan treadmill - tonton wayang sambil berjogging - sumbat telinga dengan ear-phone!

Tempat yang paling biasa i-Pad ditenggekkan oleh Boy - Bagus juga kalau layan Downton Abbey kat sini ya! Hmmm! Boleh lari sepanjang satu episod tanpa berasa bosan!




Friday, 6 July 2012

Hadiah daripada Ofis

Malam tadi Mak Aji ke rumah kawan ofis yang tolong bawakan balik hadiah daripada ofis untuk Mak Aji. Sebenarnya ofis memberi pakai notebook dan juga i-Pad untuk kegunaan rasmi. Notebook itu sudah lama sedikitlah, bukan baru sangat, tetapi masih berkeadaan baik. i-Pad pula baru sangat lagi digunakan (versi 2) dan Mak Aji simpan sahaja di pejabat untuk memulangkannya semula apabila pencen. 

Beberapa hari sebelum tarikh akhir bekerja ada angin-angin yang menyatakan ofis mahu berikan percuma untuk orang yang berpencen. Apapun Mak Aji tidaklah berharap sangat agar tidak kecewa jika tidak dapat. Namun, alhamdulillah rezeki, KP meluluskan untuk dihadiahkan kepada orang yang menggunakannya. Jadi, dapatlah kedua-duanya sebagai harta persendirian (dapatlah mereka tukar ke i-Pad versi 3 pula ya!!).

Ini i-Pad semasa baru dapat tempoh hari.

Yang terlebih seronok apabila mendapat berita ini - si Boy! Maknya tidaklah sangat sebab jarang menggunakannya. Dia yang nampak gaya mengecop benda ini sejak malam tadi lagi! 


Catatan: Dapatlah beli stand i-Pad yang macam-macam gaya tu ya! Hari tu nak beli, tapi bila ingatkan ofis punya, tak jadi. Sekarang bolehlah tinjau-tinjau! - yang bright pink, kan!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...