Mak Aji sudah lama tertanya-tanya tetapi tidak pernah mengajukan pertanyaan ini kepasa sesiapapun. Soalannya: Anda guna satu pengisar atau dua?? Bagaimana halnya jika anda mahu kisar lada kering untuk dijadikan cili boh dan pada hari yang sama anda mahu membuat shake atau smoothie??
Di rumah Mak Aji hanya ada satu sahaja. Melihatkan
Monie membuat
shake menggunakan pelbagai buah-buahan segar, teringin pula hendak mencuba. Cumanya, setakat ini belum berani takut
smoothie berbau cili atau takut mata pengisar menjadi tumpul (jika dimasukkan ketulan ais!).
Mak Aji meninjau-ninjau di alam maya dan mendapati bahawa dalam mencari pengisar untuk membuat
smoothie, perlulah diambil kira antara lain:
a. Cari pengisar yang bahagian bawahnya diperbuat daripada logam yang agak lebar supaya pengisar itu stabil.
b. Motor pengisar perlulah berkuasa tinggi, iaitu lebih 500 watt. Pengisar perlu mampu mengisar buah yang dibekukan dan juga tentunya ketulan ais. Pengisar juga perlu menghancurkan semua bahan menjadikannya halus. (Nama pun
smoothie!! Kalau tidak
smooth, bukan
smoothielah namanya!!)
c. Jagnya lebih baik yang diperbuat daripada kaca yang kalis calar (plastik tentunya tidak kalis calar). (Biasanya yang berjag kaca bersifat
high-end yang tentunya harganya
high-end juga!!)
d. Butang kawalannya jenis sentuh (
touch pad). ini akan memudahkan pengisar dibersihkan jika berlaku tumpahan.
 |
| Pengisar berjenama Blendtec untuk menghasilkan smoothie. |
Mengikut sumber ini, harga pengisar ini agak mahal, sehingga mencecah $400 (dolar Amerika kut??). Kalau begitulah harganya, tidak terbelilah kawan! Apapun, elok kawan tinjau dahulu ya, manalah tahu kalau dapat harga yang jauh lebih murah!?
Sumber maklumat dan foto:
http://www.incrediblesmoothies.com/