Followers

Showing posts with label ole-ole. Show all posts
Showing posts with label ole-ole. Show all posts

Thursday, 9 April 2015

Edible Works of Art!

As-salam.

Kakak sulung Mak Aji serta suami dan seorang anaknya berkunjung ke Miri. Mereka mengambil peluang untuk menjejakkan kaki ke Brunei Darussalam untuk pertama kalinya. Sebagai ole-ole dari sana, Mak Aji dapat yang berikut:

Bukan sahaja kek yang berseni tetapi sedap!!

Mak Aji cukup kagum dengan kreativiti pembuat kek yang dibeli di Miri ini! Rupa yang begitu cantik serta hasil kerja tangan yang begitu halus seiring dengan rasanya yang cukup sedap! 

Selain itu, Mak Aji dapat juga menambah koleksi fridge magnet dengan ole-ole berikut:


Bunga Rafflesia yang tiada bau busuknya!
Ini koleksi sedia ada setelah sebahagiannya 'dikorbankan' oleh cucu-cucu tercinta!
Ini bakinya lagi di sisi kanan peti ais - abaikan tempelan segala macam resepi tu ya!
Ini lagi di sisi kiri peti ais.

Kiranya ada mana-mana pihak yang mahu memberi ole-ole kepada Mak Aji, anda dialu-alukan ya, sebab sisi kiri ini masih banyak ruang pameran! Cukup sekadar fridge magnet sebagai ole-ole untuk Mak Aji. Kakak Mak Aji sudah sedia maklum, Mak Aji cuma pakai seragam hitam sahaja. Pakaian warna-warni sudah lama ditinggalkan. Usahlah beli baju bagai. Mak Aji sudah tidak pakai baju lawa-lawa dah!

Sekadar itu cerita hari ini! Wasallam!




Friday, 24 January 2014

Didera Pemandu Bas

As-salam.

Pada hujung minggu lepas Mak Aji berpeluang ke JB (dengan tepatnya Skudai) untuk menziarah anak cucu. Pada awalnya Mak Aji merancang untuk berkereta tetapi apabila Pak Aji enggan pergi kerana kurang sihat, maka Mak Aji dan Madihah hanya menaiki bas - lebih menjimatkan kos! 

Sebelum membeli tiket secara atas talian, Mak Aji membandingkan dahulu harga tiket AirAsia, Firefly, dan juga KTM. Kalau naik pesawat berdua dengan harga tiket biasa jumlah kosnya boleh tahanlah juga. Tiket KTM kelas pertama oklah juga harganya, cuma tempoh perjalanan terlalu panjang, risau kalau elok sampai sahaja, lembik kami! Penyudahnya kami naiki Airbuslah sahaja!

Bas kami terlewat sampai ke stesen bas Shah Alam (seksyen 17) kerana kesesakan lalu lintas - hari Thaipusam. Basnya Transnasional - Mak Aji pilih syarikat ini sebab biasanya pemandu syarikat ini memandu secara berhemah, tidak laju (pengalaman lepaslah). Walaupun begitu, kali ini bas kami agak lama - naik sahaja bas ada bau hapak! Tuala kecil pemandu juga elok sahaja tergantung di kerusi paling hadapan sebelah kiri! Kami pula duduk di kerusi kedua dari hadapan di kanan! Apapun alhamdulillah kami selamat sampai ke JB.

Along, anak Mak Aji datang menjemput kami di tol Skudai dan kami terus ke Bandar Baru Uda untuk pekena nasi beriani di MS Beriani. Nasib tidak menyebelahi sebab restoran tutup - lupa kami yang mereka tutup pada hari Jumaat! Kami langsung ke Taman Universiti untuk makan nasi mandy di sebuah restoran Arab yang agak baru dibuka - boleh tahan sedapnya! 

Mak Aji ke JB untuk membawa anak dara Mak Aji, Madihah untuk berjumpa kakak serta anak-anak buahnya. Perlulah Mak Aji layan sebab dia balik bercuti sekejap sahaja. Bulan puasa nanti barulah dia balik lagi sempena cuti panjang selama sebulan puasa hinggalah sekitar seminggu selepas raya puasa.

Seperti biasa, kalau ke JB, kacang pool di medan selera Plaza Larkin menjadi destinasi utama selain JPO - layan mata sahajalah! Oh ya Mak Aji kalau ke JPO paling suka ke Akemiuchi - kalau di KL Mak Aji tidak menjeling pun cadar jenama Akemi tetapi di JPO bolehlah sebab harganya jauh lebih murah. Cuba lihat apa yang Mak Aji beli:

Harga tidak sampai pun RM60 ringgit (harga asal RM259!). 
 Alang-alang harga yang sebegitu Mak Aji belilah stok untuk hadiah kahwin dan juga untuk kegunaan sendiri - memang berbaloi!

Mak Aji juga (macam lupa yang dia naik bas tu, kata Along!!) selain sekotak cadar (kotak tidaklah sebesar manapun), membawa balik barang lain:

Penyapu dan bantal!

Along hadiahkan penyapu berkuasa bateri! Kalau orang politik marah apabila dihadiahi penyapu, Mak Aji suka pulak! Bantal itu pula dibeli dengan menebus baucar RM50 yang dihadiahkan oleh menantu Mak Aji dan bakinya dibayar oleh Along - he he, sukanya dapat bantal percuma! 

Dalam seronok membawa pulang macam-macam, pengalaman naik bas balik ke KL agak merimaskan! Punyalah nasib kami kurang baik, bas lama yang hapak yang dinaiki ke JB itulah juga yang kami naiki untuk balik ke KL (talk about bad luck!). Pemandunya pula aduhai, punyalah kalau masih budak mahu sahaja Mak Aji sental mulutnya dengan berus! Sepanjang memandu ke KL kata-kata seperti j*h*n*m, dan macam-macam lagi yang keluar dari mulutnya! Madihah kata - "rasa nak turun aje dari bas ni!" Dek kerana sepanjang berjam-jam didera dek pemandu bas itu, keesokan paginya seawal Subuh Mak Aji diserang migraine teruk! (nampak gaya bantal mahal pun tidak mampu menahan sakit dek stress tu). Mak Aji terpaksa dibawa ke klinik untuk suntikan tahan sakit! Lain kali kena naik bas, kenalah cari bas yang eksekutiflah pulak! Aduhai nasib badan! Kasihan kami semua penumpang bas tersebut! 



Tuesday, 30 April 2013

Ole-ole dari Kampung - Buah Tanjung dan Jala Mas

As-salam.

Sebelum bertolak balik ke KL kakak Mak Aji, Cik Ning membawa kami ke restoran Nasi Kerabu Yati dalam perjalanan ke lapangan terbang. Sempat pula Mak Aji beli kuih kegemaran (terutama untuk berbuka puasa di bulan puasa), buah tanjung dan jala mas! Melihatkan sahaja fotonya membuat Mak Aji kecur air liur. Saksikan fotonya!:

Di kiri jala mas dan di kanan buah tanjung!
Memang sedap!!
Apapun Mak Aji cuma makan buah tanjung sebiji sahaja dan secubit sahaja jala mas sekali makan sebab kedua-duanya memang manis! Kena pastikan senaman untuk membakar kalorinya pula!!




Tuesday, 1 January 2013

Ole-ole dari Surabaya

As-salam.

Kalau orang lain membeli segala bagai apabila melancong, Mak Aji sekadar membeli apa-apa yang patut sahaja. Yang pasti, apa yang agak luar biasa, yang susah untuk didapati di tempat sendiri. Itulah sebabnya Mak Aji membeli benda ini walaupun beratnya berkilo-kilo!

Batu lesung daripada batu asli, juga dari tanah liat. Alunya daripada kayu.

Yang kelakarnya, semasa di Chow Kit tempoh hari, rupa-rupanya lesung ini berlambak-lambak di Chow Kit!! Jenuhlah mengangkut batu berkilo-kilo dari sana! Takpalah rezeki orang sanalah tu.





Wednesday, 10 October 2012

Ole-ole dari Yaman

As-salam.

Pak Aji alhamdulillah selamat sampai dari Yaman pagi semalam. Dalam pada Mak Aji demam terpaksalah juga menggagahkan diri ke KLIA untuk menjemputnya kerana Zhafran bekerja semalam. 

Sebelum sampai ke rumah kami bersarapan lewat di R&R - Pak Aji kepingin makan nasi lemak setelah seminggu asyik makan roti dan nasi beriyani. 

Mak Aji tiadalah mengirim apa-apa sebab tidak tahu sangat apa yang ada di Yaman - belum berpeluang menjejak kaki ke sana. Berikut apa yang dibawa pulang:

Two-piece abaya. Bahagian luar seperti mini
kaftan jenis kain chiffon.
Ini yang bahagian dalam dari kain yang memberi.
Dari dekat - jenis bling-bling!
Yang ini agak biasa, berleher bulat, berzip di dada.

Tidaklah kusangka pandai juga Pak Aji membeli (selama ini kurang boleh diharap kalau kain bercorak - colour and design-wise). Alhamdulillah dari segi saiz, ngam-ngam sahaja, tidak perlu dibetulkan. Abaya yang agak fancy itu macam yang jenis untuk majlis formal sedikitlah (sedikit seksi pun ada, itu yang perlu dipakai selapis lagi agar jadi decent sedikit!!) manakala yang kedua yang biasa-biasa sahaja. Katanya dia berkenan yang pertama itu yang on display! Oh ya, abaya yang pertama itu lengkap dengan tudung belit dan juga niqab labuh juga dari kain chiffon. Mak Aji cuba pakai satu set, senyum Pak Aji! Macam manalah orang sana pakai, Mak Aji pakai sekejap pun berasap!! 


Buah delima dan asam limau nipis.

Buah delimanya besar-besar dan isinya cukup manis. Asam limaunya pula berkulit nipis. Kata Pak Aji orang Yaman blend sebiji-sebiji sebab kulitnya nipis. Insya-Allah akan dibuat benih untuk ditanam nanti.

Cara paling mudah mengeluarkan isi delima - gunakan hulu
pisau yang berat dan ketuk setelah dibelah dua buah delimanya.
Perhatikan betapa besar biji-biji delima, cukup manis!!

Madu dari Tarim, Hadramaut, Yaman. 

Pak Aji memang suka mengamalkan makan tamar yang direndam ke dalam susu segar. Minum susu dan telan sesudu madu untuk sarapan pagi - perut Pak Aji memang elok selepas mengamalkan petua ini - dia sebenarnya lactose-intolerant.

Minyak wangi oud.
Di atas pula minyak wangi daripada oud. Kalau selama ini Mak Aji kurang gemar oud, yang ini pula agak kurang kuat baunya, cukup wangi. Kata Pak Aji untuk lelaki dan juga perempuan, unisexlah tu!

Jazakallah my dear for the gifts, lain kali bolehlah pergi lagi, dan lain kali juga bawalah i sekali ya!!




Saturday, 12 May 2012

Ole-ole dari Surabaya

Setelah hampir seminggu Pak Aji balik dari Surabaya barulah Mak Aji berkesempatan untuk memuat naik foto untuk dipaparkan di sini. Ini yang sempat dibawa pulang dari sana. Hajat di hatinya mahu bawa pulang satu siri kitab, namun dek kerana berat yang melampau dan belanja pos yang berjuta, maka kitab disimpan dahulu di sana untuk dibawa pulang kemudian nanti, atau dipos dengan kapal laut!! Buku = kayu balak tu, tentulah berat!!

Minyak atar kegemarannya!

Kalau minyak atar, kegemaran Pak Aji, oud, baunya cukup kuat dan minyaknya hampir hitam dan amat pekat, harganya pun boleh tahan juga!!

Portable speaker 

Portable speaker ini pada asalnya anak Mak Aji ada membelinya. Apabila Pak Aji melihatnya, dia pun mahukan yang sama. Yang bagusnya alat ini boleh disambungkan dengan USB untuk terus buka dan dengar fail audionya! Juga boleh dicucuk terus kad SIM telefon untuk dengar fail audio yang disimpan! Harganya murah sahaja - produk China agaknya kut?? Lihat perbandingan saiznya dengan pen yang di sebelahnya. Maaf gambar kurang terang.


Inai tentunya untuk isteri tersayang, he he!!

Pun untuk isteri tersayang yang selalu mengadu sakit sana sakit sini!!

Pak Aji dan anak Mak Aji juga ada membeli daster (adik-beradik baju kelawar/kaftan yang kita pakai di rumah). Cantik-cantik coraknya dan kualiti kainnya bagus sekali! Maaflah ya, kalah kaftan yang kita biasa beli di Kelantan - marah pengusaha batik Kelantan!! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...