Followers

Showing posts with label internet. Show all posts
Showing posts with label internet. Show all posts

Thursday, 15 December 2011

At Long Last!

Alhamdulillah setelah seminggu menunggu, akhirnya Mak Aji dapat berhubung dengan dunia luar. Streamyx sudah terpasang semula. Sepanjang seminggu ketat rasa dada ini, nak semput rasanya. Kalau memang sudah tidak bekerja lagi dan apabila tiada internet, Astro pula tiada siaran kerana hujan, alamat tak tahu apa nak dibuat (hai, lupa ke Mak Aji, kata nak berhijrah!) Oklah, Mak Aji lupa, Mak Aji bukankah manusia biasa yang sentiasa alpa dan perlu sentiasa diingatkan??!! Tahu takapa!

Rupanya kalau sudah mula menjadi bloger, apabila tiba masa-masa yang begini, memang semacam withdrawal symptoms pada penagih dadah tegar! (agaknya?) Apa hendak dibuat, sudah 'penagih ' tegar, atau dengan perkataan lain, bloger tegar??

Tuesday, 13 December 2011

Mati Kutu

Mak Aji mati kutu sebenarnya sejak minggu lepas lagi sebab tersilap percaturan. Mak Aji tamatkan perkhidmatan broadband Maxis sebab penat asyik kena top-up kredit sebab penggunaan lebih daripada quota. Akhirnya apabila mendapati bahasa Unifi tiada liputan di kawasan rumah Mak Aji, maka terpaksalah melanggan Streamyx semula supaya insya-Allah kuranglah gangguan. Bila ada Unifi boleh saja upgrade pakej, kata orang TM. Untuk pasang talian TM, rupanya ada masalah sebab tak ada tiang, jadi kena tanam tiang dulu .... Adoi, jenuh juga bila tiada talian internet, memang mati kutu, seperti bila tertinggal telefon di rumah, sudah tidak boleh menelefon ke mana-mana, sebab semua nombor di dalam telefon bimbit! 

Sedarlah Mak Aji betapa bergantungnya kita kepada internet dan juga gadget lain yang sewaktu dengannya!
Semasa zaman remaja dahulu telefon hitam yang bunyinya cukup nyaring (cukup untuk mengejutkan orang yang sedang lena tidur!) pun sudah dikira cukup hebat! Sekarang orang dah tak main tiang telefon, orang pakai jalur lebar - kawasan kampung mana ada jalur lebar, yang ada jalur halus wayar telefon saja! Siapa suruh duduk kampung?? Rasakan!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...