As-salam.
Sejak kami pindah ke rumah sekarang pintu pagar baru sekali dicat. Cat asalnya hitam belak-belak semacam cast-iron effect. Apabila terdapat kesan-kesan karat, kami mengecatnya warna hitam. Mak Aji yang memilih warna hitam itu tetapi setelah siap menyesallah pulak kerana memilih warna itu (terdetik di benak - kalau putih tentu lebih cantik!) Apapun yang pastinya Pak Aji tentu malas melayan kalau Mak Aji mahukan pintu pagar putih pula, he he!
Beberapa minggu lepas Mak Aji perasan akan karat pada kerusi cast iron di porch lalu Mak Aji membeli setin kecil cat. Projek mengecat kerusi tidak terbuat dan sebaliknya pintu pagar pula yang menerima cat putih!
Mak Aji mengecat sendiri pintu pagar - biasanya Mak Aji mulakan dahulu untuk memancing Pak Aji untuk menghabiskan kerja tersebut tetapi kali ini pancingku tidak mengena! Pak Aji sekadar meninjau-ninjau umpama mandur sahaja! Maka terpaksalah Mak Aji menyempurnakannya!
![]() |
| Ini foto sebelum - hitam warnanya. |
![]() |
| Ini foto selepas dicat dengan cat warna putih cap Ayam je! |
Dengan warna cat yang baru ini mudahlah sedikit untuk orang mencari rumah Mak Aji - rumah nombor 12 yang pintu pagarnya putih itu!
Jiran yang lalu di hadapan rumah Mak Aji semasa Mak Aji sibuk mengecat tersenyum melihat tukang cat mengerjakan pintu pagar ini! - he he, peduli apa Mak Aji, janji kerja selesai, with or without any help from anyone!!
Mak Aji gunakan cat cap Ayam sahaja dan catnya baru selapis. Kenalah dibeli cat setin kecil lagi agar hilang belak-belak. Putih lagi cantik, kan!! Nampak pagarlah pulak yang kelihatan comot - projek seterusnyalah pulak tu.




































