Beberapa minggu lepas, Mak Aji dan Madihah ke Bandar Baru Sungai Buloh - Mak Aji singgah untuk membeli barang di kedai hardware. Madihah di dalam kereta menunggu. Apabila Mak Aji balik ke kereta, Madihah memberitahu bahawa dia melihat Irma Hasmie dengan suaminya masuk ke klinik di hadapannya. Katanya Irma berbaju tidur, kelihatan begitu lemah badannya dan dia dipapah oleh suaminya masuk ke klinik. Tidak habis-habis katanya, "Cutenya ma, cutenya!!" "Apa yang cute sangat?" tanya Mak Aji. "Alah, suami dia papah dia tu, dan Irma comelnya ma!!" - itulah yang sering diulang-ulang Madihah.
![]() |
| Diulit bahagia. |
Rupa-rupanya telahan kami benar - Irma mengandung! Tahniah atas kurniaan Allah SWT! Alhamdulillah atas penghijrahan Irma - selamat berbahagia dengan keluarga yang bakal dibina!
