Followers

Showing posts with label perabot rotan. Show all posts
Showing posts with label perabot rotan. Show all posts

Friday, 29 March 2013

Taukeh Perabot Rotan

As-salam

Tidak berapa lama dahulu Mak Aji ada menerima e-mel daripada seorang pembaca blog ini dari Kota Bharu yang menanyakan tentang kedai perabot rotan yang Mak Aji pernah sebut di sini. Semasa balik kampung tempoh hari Mak Aji cuba mencari semula kedai tersebut dan kami berjaya berbuat demikian - nama sahaja orang Kelantan tetapi kalau sudah berpuluh tahun bermastautin di KL, maka agak kurang biasa dengan kampung sendiri). Ini beberapa foto taukeh kedai berserta hasil kerja tangannya. Mak Aji juga paparkan nama serta alamatnya untuk dikunjungi mereka yang berminat:

Ini taukehnya, Megat Rahimi.
Cantik buaian bayi itu ya!
Hasil kerja tangannya yang lain.
Ini alamatnya jika ada pihak yang berminat akan perabot rotan.


Saturday, 22 September 2012

Kerusi Makan (Rotan) di Beranda

As-salam.

Alhamdulillah akhirnya, sampai juga kerusi makan (rotan sintetik) serta meja buffet yang dibeli tempoh hari. Janjinya kerusi sampai dua hari lepas jam dua petang. Rupanya Maghrib malam tadi baru sampai. Rupa-rupanya janji cina pun sudah jadi janji melayu juga!! Mak Aji cukup kurang senang kalau janji tidak ditepati! At least you should have the decency to call and explain!! (Ha, kan dah cakap omputeh, sudah marahlah tu!) Ini tidak, kita menunggu dia telefon, ingat tunggul apa?? Bila kita telefon, tidak dapat dihubungi. Agaknya malas hendak melayan mak cik ni! Geram hinggakan mahu sahaja menelefon untuk memaklumkan bahawa kalau kerusi tidak sampai semalam juga, batalkan sahaja dan Mak Aji akan pergi ambil duit deposit!! Grr!!

Ok, ok. Sudahlah tu, dah sampai pun. Oklah. Sambung cerita. Hendak lihat rupanya, layann!!:

Ini dia. (Gambar sudah digantung).

Another take.

Sebenarnya apabila meja makan terdiri daripada dua meja buffet, rupa-rupanya kerusi di hujung kiri dan kanan tidak boleh ditolak ke bawah meja sebab kaki meja. Tak apalah, hendak dibuat macam mana, kalau itu yang dibeli. Meja makan dan kerusi sudahpun digunakan untuk makan minum rakan-rakan Pak Aji yang datang ke kelas setiap (kecuali satu malam) malam sejak Baba Aziz berada di sini. 

Pada lewat pagi ini pula kelas diadakan lagi - untuk khatam kitab yang mereka baca. Kelas bersurai pada awal petang - alamat terlepaslah kenduri kahwin anak kawan pada hari ini di Sungai Penchala! Mohon maaf banyak-banyak Hadiah kerana tidak dapat hadir! 

Kata Pak Aji kelas malam ini dan seterusnya akan diadakan sahaja di beranda sebab Baba mahukan begitu - lapang sedikit agaknya berbanding di ruang tamu Mak Aji yang agak comel! 



Thursday, 13 September 2012

Perabot Rotan

As-salam.

Akhirnya pencarian kerusi rotan berakhir petang tadi apabila kami ke Rattan Decor, di Kampung Subang, Shah Alam. Set ini diperagakan di hadapan (orang tua kata 'dalam cermin') kedai dan sekali pandang hati sudah berkenan dan kebetulan ada 'orang itu' yang bermurah hati belanja, maka Mak Aji, apa lagilah!! Bagai mengantuk disorongkan bantal! Rejeki, rejeki, alhamdulillah! Ini dia foto yang diambil setelah kerusi rotan idaman hati selamat sampai malam ini dan diletak di balkoni belakang:

Seronok bila duduk pekena kopi sambil ambil angin di belakang, baik pada
waktu pagi, petang atau malam!
Tidak sangka pula hari ini dapat apa yang diidamkan!

Projek seterusnya, kerusi untuk meja makan (yang dahulu Mak Aji dapat percuma dari kedai perabot di Kg. Melayu Subang). Mak Aji perhatikan juga kerusi makan di tempat yang sama, tetapi harganya memang terlalu tinggi. Maka bermulalah pula pencarian untuk kerusi makan untuk diletak di ruang ini juga. Kalau terjumpa kerusi kopitiam, takkan hendak dicat putih pula ya?? Tak apa, kita tinjau lagi!! 


Tinjau Perabot Rotan

As-salam.

Mak Aji berhajat menyiapkan projek beranda belakang dengan memasukkan perabot rotan. Semasa di Kota Bharu sempat kami meninjau-ninjau sebuah bengkel/kedai rotan bumiputera untuk melihat-lihat reka bentuk yang berkenan di hati. Ini antara yang ada di situ:

Kerusi santai. Reka bentuk oklah, cuma di hati ada reka bentuk lain yang
lebih disukai.
Mak Aji suka meja yang rendah itu.

Kerusi dan meja di atas sebenarnya yang diminta pelanggan agar membetulkannya. Namun, pembuat rotan menyatakan bahawa dia boleh menghasilkan reka bentuk yang sama, jika mahu. Dia juga boleh menghantar perabot ke KL dengan caj pos sekitar RM200-300. Ok, kami jalan dulu ya. Oh ya, Mak Aji suka tengok cradle berwarna merah jambu (lupa nak ambil fotonya) - sesuai sangat dengan bayi perempuan!!

Balik ke KL Mak Aji tinjau sahaja perabot rotan dalam internet, juga yang terpakai. Yang terpakai jauh lebih murah, namun kalau keadaannya masih baik, apa salahnya, (lebih mesra alam!) yang perlu hanya dicat atau varnis sahaja.

Sebenarnya Mak Aji berangan-angankan kerusi rotan yang seperti ini: 

Mak Aji suka yang seperti ini.
Juga yang seperti ini.
Ini juga cantik, cantik lagi kalau putih juga.

Apabila meninjau di IKEA, ini antara yang didapati:


Kedua-dua kerusi di atas kalau dicat putih lebih cantik, kan?? Ok, kita tinjau lagilah.......


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...