Followers

Showing posts with label SOHO. Show all posts
Showing posts with label SOHO. Show all posts

Monday, 7 May 2012

SOHO (BOHO?) Lagi

Mak Aji ada mengikuti satu blog yang agak menarik. Pemilik blog ada memaparkan ofisnya di rumah dan Mak Aji cukup berkenan dengan ofisnya itu, juga blognya secara keseluruhan (bersifat hiasan dalaman). Kalau selama ini Mak Aji menyebut tentang SOHO, foto ofisnya lebih berbentuk BOHO (Big Office Home Office)!! Perhatikan:

Siapalah yang tidak sukakan ofis yang sebegini???

Kalau diperhatikan, pencahayaan daripada candelier, desktop sampai dua set (mengapa sampai perlu dua ya??), ada tingkap bukan sahaja untuk pencahayaan tetapi juga untuk mendapat udara bersih, cukup ruang penyimpanan, .......... !!  

Kalau beginilah ofis, tiada apa lagi yang dimahukan!! Segala mak nenek tersedia!



Wednesday, 25 April 2012

SOHO lagi

Mak Aji hendak kongsi beberapa foto SOHO yang cukup menarik, boleh menjadi inspirasi untuk mereka yang baru hendak membuat atau hendak mengubah suai SOHO sedia ada di rumah! Jom layan:

Bertema putih merah, menarik sekali. Lihat lampunya!
Kerusinya cukup menarik, lutsinar!
Hitam itu menawan - unik betul kipas silingnya!
Kalau SOHO sebegini, barulah laju membuat kerja dari rumah! Hmmm, apa nak dibuat dengan SOHO Mak Aji ya ....  berangan-anganlah tu!!! Layan!

Saturday, 25 February 2012

Hadiah Kerusi

Lewat petang semalam anak Mak Aji, Zhafran balik dari tempat kerja. Mak Aji yang berada di bilik terdengar orang mengoyak-ngoyak plastik - entah apalah pula tu?? Keluar dari bilik Mak Aji ternampak kejutan ini - hadiah kerusi pejabat untuk Mak Aji - untuk SOHO Mak Ajilah!! Jazakallah Zhafran - bila sudah menggunakannya, baru Mak Aji sedar yang Mak Aji benar-benar perlukannya, pelik kan?? Ini dia kerusinya dan inilah SOHO Mak Aji!:

Alhamdulillah, cukup selesa!
My very own  SOHO (Small Office Home Office)! 
Bunga kegemaranku - buatku senyum!!


Wednesday, 15 February 2012

SOHO (Small Office Home Office)

Dalam menghitung hari menjelang tibanya hari Mak Aji meninggalkan dunia pekerjaan yang diceburi hampir 30 tahun, pelbagai macam perasaan menghinggap hati. Tidak sabar-sabar rasanya Mak Aji hendak lari daripada pelbagai jenis tekanan yang dihadapi sehari-hari, bermula dengan terpaksa mengharung kesesakan lalu lintas (jika keluar lambat dari rumah), menanggung tekanan kerja (yang bukan sahaja meletihkan minda malah tubuh badan juga) sehinggalah terpaksa mengharung sekali lagi kesesakan jalan raya untuk pulang ke rumah!!

Sudah hampir tiba masanya untuk Mak Aji 'bekerja' di rumah sahaja - selain menjadi suri rumah sepenuh masa, juga sebagai penterjemah dan penyunting sambilan yang berpejabat di rumah. Maka, tentunya Mak Aji perlukan ofis sendiri! Untuk itu, Mak Aji meninjau-ninjau ofis kecil orang lain di rumah:








  
Bagaimana dengan foto-foto di atas? Tentu ramai yang muda-muda pun teringin untuk membuka ofis kecil di rumah, kan?? Cukup comel dan berfungsi ofis-ofis kecil ini. Sambil membuat kerja di ofis ini, kerja rumah juga beres - boleh menterjemah sambil membasuh kain, sambil menjerang nasi, ...... dengan ringkasnya, multi-tasking!! So looking forward to!!!! (syyyyy, no boss breathing down my neck!).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...