Followers

Showing posts with label bulan. Show all posts
Showing posts with label bulan. Show all posts

Tuesday, 8 May 2012

Bulan Cantik!

Mak Aji sempat juga merakamkan sekali lagi foto bulan yang cukup cantik - cuma sayang sebab apa yang Allah pertontonkan kepada kita (yang sebenarnya kita lihat) masih jauh berbeza dengan apa yang termampu dirakamkan dalam foto berikut. Apapun mari kita lihat:

Cantiknya ciptaan Allah untuk kita sentiasa sedar akan Kebesaran-Nya!!!

Melihatkan bulan yang begitu indah dipagar awan, teringat pula lagu yang dinyanyikan P.Ramlee ---- "Bulan dipagar Bintang" ......... Malam, bulan dipagar bintang, ......... 


Catatan: Peringatan untuk semua, jangan buat macam P.Ramlee sudah, nanti kena tangkap basah!!


Monday, 7 May 2012

Malam yang Cukup Indah

Jangan ada yang terfikir yang bukan-bukan pula ya, dengan tajuk entri kali ini! Apa yang dimaksudkan ialah malam ini cukup indah dengan bulan purnama yang memancarkan cahayanya. Mak Aji cuba merakamkan ke dalam foto tetapi sayang sekali, the photos do not do justice to the perfect moon! Lihatlah setakat mana yang mampu terakam - silap kamerakah atau silap tukang ambil gambarnya? wallahualam!:




Menggunakan zoom.

Cubaan beberapa kali gagal menghasilkan foto yang cantik. Berikut pula foto bulan juga yang dirakam beberapa bulan lalu:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...