As-salam.
Petang tadi kami membuat persiapan awal untuk projek hujung minggu di laman. Sejak kami berpindah ke mari, laluan kereta cuma ditabur dengan batu agregat halus dan tidak disiapkan dengan tar (agak mahal) ataupun konkrit. Setelah 'mengeram' (bertangguh) beberapa lama, Pak Aji merasakan tiba masanya untuk dituang konkrit agar (antara lainnya) porch lebih mudah dijaga kebersihannya. Dia juga merasakan bahawa kawasan berkonkrit untuk laluan kereta perlu diasingkan daripada kawasan berumput. Berikut persiapan yang dibuat petang tadi:
![]() |
| Kawasan dibersihkan daripada rumput, diletak besi bersilang dan disiapkan sisinya. |
![]() |
| Laluan kereta dari pagar masuk ke porch. |
Insya-Allah esok para jejaka idaman di rumah ini akan berhempas pulas mengerjakan jalan laluan kereta ini.

