As-salam.
Anda ada seperah? Ah, seperah? Apa itu? - jangan ada pula yang tidak tahu apa itu seperah!! Untuk yang tidak tahu, ingat tidak kain alas yang digunakan semasa kenduri kendara masa dulu-dulu? Sebelum zaman orang makan secara buffet, semua orang makan berhidang dan duduk bersimpuh (perempuan) dan bersila (lelaki), maka sebelum dihidangkan lauk dan nasi, maka keluarlah seperah untuk mengalasnya!
Mak Aji pun cuma ada satu sahaja seperah, itupun yang dihadiahkan oleh emak saudara. Kalau harap untuk membuatnya sendiri, maka tiadalah seperah.
Beberapa bulan lalu semasa Mak Aji ke Siam, Mak Aji ada menempah di sana dan semasa Pak Aji ke sana lagi seminggu lalu, saprah siap, ada empat semuanya. Cukuplah tu. Sebenarnya Mak Aji tempah sulam benang putih atas kain putih tetapi yang dibuat sulam biru muda atas kain putih - tidak mengapalah. Lihatkan:
![]() |
| Seperah yang siap. |
