As-salam.
Siapa yang tidak seronok apabila PM sebut harga kereta akan diturunkan!! Memang itupun salah satu yang dijanjikan oleh parti pembangkang. Yang untung penggunalah, gara-gara manifesto pembangkang, kerajaan BN pun turut sama menurunkan harga kereta!
Dengar khabar kerajaan akan menurunkan harga antara 20-30% secara berperingkat-peringkat hinggalah 2017. Sekarang harga kereta katanya sudah diturunkan walaupun peratusannya tidaklah sebesar mana. Perhatikan senarai di bawah:
Model kereta serta peratus penurunan harga di pasaran setakat ini:-
Model Peratus harga turun
Peugeot 308 11 %
Volkswagen Golf 7.1
%
Perodua Viva 5.4 %
Perodua Myvi 4 %
Proton Pesona 3.8 %
Perodua Alza
3.4 %
Proton Preve 3 %
Honda Jazz Hibrid 2.5
%
Proton Saga 1.1 %
Proton Exora 0.7 %
Sumber - http://www.mysumber.com/berita/senarai-10-model-kereta-harga-turun-di-malaysia-2013#ixzz2Vz65SCQ6
Nampak gayanya kereta yang Mak Aji suka tiada dalam senarai di atas - kalau begitu terpaksalah Mak Aji tunggu sehingga 2017 sehingga kereta kegemaran Mak Aji tersenarai dengan harga potongan 30% daripada harga asal!!
![]() |
| Amacam, cantik tak kereta yang bakal dibeli pada tahun 2017 ini?? |
