Followers

Showing posts with label lampu murah. Show all posts
Showing posts with label lampu murah. Show all posts

Thursday, 22 November 2012

Layan Lampu Murah

As-salam.

Pagi ini kami bertolak ke Bandar Salak Tinggi untuk menjemput Cik Ning di Hotel Empress untuk dibawa ke kedai lampu murah di Bandar Puchong Utama. Misi kami, meninjau dan membeli lampu rumah untuk adik Mak Aji yang akan masuk ke rumah barunya (insya-Allah kalau ada rezeki dalam masa yang terdekat ini) di Kota Bharu.

Jom kita layan foto yang diambil di kedai tersebut:

Lampu berserta kipas (yang berpusing perlahan) sesuai untuk bilik anak-anak!
Lampu dinding kristal yang sesuai untuk ruang tamu dan ruang makan.
Lampu kristal tiga serangkai (Cik Ning punya).
Chandelier untuk ruang tamu.
Ini pula lampu chandelier cantik yang harganya RM100 lebih shj.
Kipas berserta lampu berharga RM400 lebih (dengan mentol sekali).

Foto terakhir ialah kipas berserta lampu yang sesuai untuk ruang makan/keluarga. Perhatikan bahagian atas foto (lupa pula untuk merakam fotonya). kipas itu harganya sama dan Mak Aji rasa cukup sesuai untuk ruang balkoni/porch sebab rupanya agak santai dan cukup menarik sekali! Mak Aji layan ajalah.



Monday, 16 April 2012

Tinjau Lampu

Pada hari Jumaat lepas, waktu tengah hari Mak Aji bertemankan seorang kawan berkunjung lagi ke Houses Lightings di Puchong untuk meninjau lampu, kalau-kalau berkenan, terutama kerana harganya! Setelah berpinar biji mata, ini antara foto yang ingin dikongsi:

Kedai lampu murah
Banyak kedai perabot jati yang sederet dengan kedai lampu.
Banyak promosi kedai jati 
Kaunter bayaran - kena tunggu nombor dipanggil dahulu sebelum bayar!!
Candelier yang menarik
Candelier  yang last kopek!
Terendak lampu juga dari kristal!
Lihat kristal sebiji yang tergantung!
Berpinar-pinar biji mata melihatnya!
Berikut pula lampu yang dibawa balik dan sudah siap dipasang.

Lampu di ruang tamu
Lampu di bilik tidur
Juga lampu di bilik tidur
Bilik air baru


Monday, 2 April 2012

Sudah Semak Gaji Baharu?

Pagi-pagi lagi semasa sarapan Mak Aji menonton Selamat Pagi Malaysia di TV3. Semasa pengacara mengulas berita utama akhbar, keluarlah berita tentang semakan gaji baharu yang boleh dibuat di laman JPA mulai hari ini. Anda (yang bekerja dengan kerajaan sahajalah, yang bekerja swasta usah sibuk, anda terima bonus hujung tahun, kan!) sudah menyemaknya?? Mak Aji pun tidak ketinggalan berbuat demikian. Laman intranet ofis pun sudah memuat turun dokumen tersebut untuk kami semak, jadi tidak payahlah kami masuk ke laman JPA. 

Bilalah pula tunggakan hendak dibayar - Mak Aji banyak hendak kena bayar ni, pun banyak barang lagi yang hendak dibeli!! Duit belum dapat sudah berkira-kira hendak belanjakan ke mana, ya!! Ish ish ish! 

Ke sini ke?:

Cantik, kan!

Yang seperti ini boleh pakai mentol jimat tenaga.

Yang ini memanglah kena pakai mentol kuning tu - panas weh!
Agak-agak lepas kut dua biji lampu untuk ruang tamu - itupun kena beli di Houses Lighting di Puchong, kalau di tempat lain, mohon maaflah banyak-banyak! Macamlah ada lampu yang sebegini di situ. Tak apa, kenalah berangan-angan dahulu, lepas itu cari peluang pergi tinjau, kalau kena harga dan berkenan di hati, baharulah bawa pulang!

Tuesday, 1 November 2011

Lampu Murah

Mak Aji nak kongsi maklumat tentang kedai lampu yang Mak Aji baru jumpa di Bandar Puchong Utama yang menawarkan lampu rumah yang harganya memang termurah yang dijumpa setakat ini. Semasa Mak Aji pindah rumah dahulu, Mak Aji memang meninjau kedai lampu sekitar Subang, Kota Damansara, Damansara Utama dan juga Rahman Putera. Pada ketika itu jumpa yang termurah di Bkt. Rahman Putera. Kedai lampu di Pucong ini diperkenalkan oleh adik yang pernah buat carian di internet dan setelah pergi sendiri memang betul. Kalau nak tahu, mana ada pernah kedai lampu ada sampai tiga kaunter bayaran, siap panggil nombor giliran - macam di bank pulak! Bila siap pilih Mak Aji ditanya, nak berapa biji? Mak Aji segan pulak nak jawab sebab nak beli satu saja!! Rupanya pelanggan lain beli sampai penuh kereta - baru naik rumah baru agaknya - jadi, untuk mereka yang  nak naik rumah baru atau yang banyak duit dan rasa nak tukar lampu satu rumah, persilakan ke Houses Lightings, bersebelahan LDP di sebelah kiri  dari arah Puchong ke Damansara. 

Ni gambar lampu yang Mak Aji beli, harga RM 250, campur RM30 lagi untuk siap pasang kristalnya! Kristalnya bukan plastik ya, berat dan bercahaya punya!! Siap ada lampu LED lagi. Nampak wayar di atasnya masih berserabai - Pak Aji baru testing, belum kemaskan lagi. Amacam, jom kita tukar lampu satu rumah!!??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...