Followers

Showing posts with label nasi lemak bodoh. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak bodoh. Show all posts

Monday, 9 January 2012

Nasi Lemak Bodoh

Sudah agak lama Mak Aji tidak memasak nasi lemak biasa (nasi lemak bodoh - yang paling mudahlah tu, hinggakan yang paling bodoh pun boleh masak! Samalah juga dengan beleda (agar-agar) bodoh!). Biarpun namanya bodoh, alhamdulillah kenyang juga kami sekeluarga (mengelat lagi) dari tengah hari ke malam! Dengan kata lain, serampang dua mata.  

Arwah mak Mak Aji pernah sebut yang kalau dimasukkan sedikit santan kepada sambal tumis, lagi sedap! Jadi itu yang Mak Aji buat. Yang tidak tahannya, selesai sahaja makan nasi lemak, mata bagai dipaksa-paksa tutup, puas menyekang kelopak mata! Itulah dia penangan nasi lemak!! Ini dia nasi lemak seadanya: 

Nasi lemak bodoh!
Lain kali masak yang cerdik pulak ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...