Rupa-rupanya ramai pihak yang membida nombor WWW 1 yang istimewa ini, termasuklah Yang Di Pertuan Agong sendiri (yang menang bida untuk nombor WWW 5)! Yang menang bida tersebut - Sultan Johor dengan nilai bidaan sebanyak RM520,000! Mengikut JPJ angka tersebut merupakan angka bida tertinggi setakat ini.
![]() |
| Nombor kegilaan ramai! |
Betapa banyaknya wang yang sanggup dibelanjakan untuk mendapatkan nombor tersebut! Kalau orang biasa-biasa seperti kita, sudah dapat rumah teres dua tingkat di kawasan yang agak bagus juga tu!!
![]() |
| Nombor plet yang tidak kurang menariknya. |
![]() |
| Siapakah gerangan pemilik kereta ini? Sultan Azlankah?? |
Mak Aji ni bukanlah berduit banyak untuk membida jumlah wang yang besar untuk mendapatkan nombor cantik. Kalau setakat RM300 tu bolehlah, sekadar untuk mendapatkan nombor yang sama dengan nombor kereta-kereta kami yang lain, iaitu 7555. Pada Mak Aji itupun sudah cantik banget!!
Sumber berita: The Star 28 Mei 2012.


