As-salam.
Petang semalam Mak Aji dan Pak Aji diajak oleh anak dan menantu untuk melihat rumah baru mereka yang sudah hampir siap dibuat ubah suai. Insya-Allah hujung minggu nanti bolehlah siap sepenuhnya. Mari Mak Aji kongsikan:
 |
| Zhafran dan Mikhail di hadapan rumah mereka. |
 |
Dari pintu gelongsor hadapan. Ruang yang agak luas - boleh memuatkan
3 kereta. |
 |
Ruang tamu yang sudah dibesarkan sedikit - dialihkan ke hadapan
pintu gelongsornya. |
 |
| Ruang tamu. |
 |
| Ke arah dapur serta bilik dan bilik air di tingkat bawah. |
 |
| Dapur. |
 |
| Mak Aji suka warna dan corak jubin yang digunakan. |
 |
| Bilik tidur utama. |
 |
| Bilik air di bilik tidur utama. |
 |
Salah satu daripada 3 bilik di tingkat atas.
|
Mak Aji terlupa pula untuk merakam foto ruang di belakang rumah. Agak besar juga, boleh dimanfaatkan untuk dapur basah, ruang membasuh kain baju serta menyidai kain. Pun cukup ruang untuk bertanam (dalam pasu sebab semua ruang bersimen).
Selesai meninjau rumah, haus pula tekak. Mak Aji ajak mereka untuk pekena teh tarik tetapi mereka mahukan cendol di Kuang. Maka ke situlah kami. Bukan sahaja cendol yang mahu dimakan, malah mi udang dan asam laksa serta
banana cheeselah pulak!:
 |
| Mi udang. |
 |
| Asam laksa. |
 |
| Banana cheese. |
 |
| Cendol special - ada jagung, kacang merah, pulut, durian dan keladi! |
Kepada Zhafran dan Mida, tahniah mama ucapkan kerana beroleh rumah sendiri semasa usia masih muda lagi - itulah rezeki namanya. Semoga hidup baru yang bakal ditempuh akan membahagiakan anda bertiga (berempat, berlima dan seterusnya!). Jangan lupa bahawasanya segala apa yang kita ada pada hari ini hanya pinjaman daripada Allah SWT dan seharusnya kita sentiasa bersyukur atas segalanya kepada kita dan apa lagi cara yang sebaik-baiknya untuk menunjukkan tanda syukur kita - taat kepada segala perintah dan suruhannya serta menjauhi segala larangannya. Zhafran sekeluarga tidak lama lagi akan sebumbung dengan mama dan abah, jadi ingatlah pesan mama ini.