Followers

Showing posts with label berkejar ke ofis. Show all posts
Showing posts with label berkejar ke ofis. Show all posts

Wednesday, 8 February 2012

The Day When (Almost) Everything Went Wrong

Mak Aji teringatlah pulak tajuk karangan di atas yang pernah kita old timers tulis masa zaman sekolah dulu-dulu - kira topik yang favourite yang teacher selalu beri!, selain (tentunya) A Day in a Life of a Pair of Shoes! (atau apa-apalah selain kasut). 

Ok, cukup dengan nostalgia zaman dulu-dulu. Pagi tadi Mak Aji sebenarnya agak lewat keluar rumah (memang dalam sebulan ini agak lewat sedikit sebab waktu Subuh sekitar jam 6.10 pagi baru masuk. Jadinya, selepas solat berjemaah dengan Pak Aji dan anak dara yang balik bercuti (sempena Maulid), Mak Aji asyik mengerling jam (awas jangan sampai Pak Aji perasan nanti kena leter - kut ya pun nak berkejar pergi kerja!). Selesai mengaminkan doa, Mak Aji campak telekung, lari (macam lari 100 meter)  ke bilik untuk bersiap ke pejabat! Keluar rumah, masuk kereta terus pecut! Sebaik sahaja masuk ke lebuh raya PLUS, kereta bergerak perlahan (aduss, ni mesti kena karang cerita sebagai alasan lambat sampai ke ofis??!). Elok ke hadapan sedikit terdapat notis yang ada kemalangan di km 24 Jalan Duta - padanlah! Sebelum sahaja tol Jalan Duta sebuah teksi tersadai di lorong kecemasan dengan bumpernya kemek - itulah dia penyebabnya! Selepas itu, jalan luar biasa lancar (kasihan orang belakang, merahlah punch card mereka!). Alhamdulillah sempat sampai sebelum jam 7.30 pagi - selamat!

Dalam pada berkejar pagi tadi, langsung lupa bawa telefon bimbit - apa lagi, mati kutu dibuatnya! Jadi, adalah sikit-sikit berada dalam keadaan macam tajuk post kali ini! Kalau sudah terlalu bergantung padanya, rasa seolah-olah tidak boleh berbuat apa tanpanya. 

kok gitu sekaali sihh telponnya gak ada??
Nombor telefon rumah pun tak ingat! Begitu juga dengan nombor telefon Pak Aji (apalah punya isteri??). Apakan daya usia semakin meningkat, semakin terhakis memori. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...