Petang semalam selepas balik dari ofis, Mak Aji singgah ke sebuah kedai perabot di Kg. Melayu Subang untuk meninjau almari kasut yang sederhana besar, yang harganya juga tidak mahal, untuk menempatkan kasut sukan yang tiada berumah.
 |
| rumah kasut sukan (beli yang ini .......) |
Sambil membuat bayaran, Mak Aji terpandang sebuah meja kayu berpermukaan marmar, agak lusuh di hadapan kedai. Mak Aji menghampirinya sambil menanya tuan kedai, "Yang ini jual ke?" "Tak, kalau nak ambil, percuma sahaja, bawa lori sahaja boleh angkat," katanya. "Biar betul," bisik hati Mak Aji.
Mak Aji terus menyanggup hendakkan meja itu dan akan kembali mengambilnya kemudian nanti (macam
American Pickerslah pulak!).
 |
| meja lama (dapat yang ini!!!). |
 |
| retak pada marmarnya. |
Sebenarnya permukaan marmar itu sudah retak separuhnya tetapi masih OK lagi. Esok, Mak Aji minta bantuan kawan anak Mak Aji untuk mengangkatnya untuk dibawa balik ke rumah dengan
pick-up Nissan Navaranya.
Catatan:
Somebody's trash is somebody else's treasure!!! I sure love this treasure! Like getting an unexpected gift.