Followers

Showing posts with label hadiah. Show all posts
Showing posts with label hadiah. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Kopi Strawberi

As-salam.

Beberapa hari lepas, anak buah yang berkunjung ke Cameron Highlands telah membeli kopi strawberi untuk Mak Aji. Ini pertama kali Mak Aji mencubanya dan rasanya cukup sedap. Pernahkah anda mencubanya??


Kopi strawberi yang cukup sedap!

Terima kasih banyak Dada atas pemberian. Lain kali kalau melintas lagi ke situ bolehlah kirim lagi ya!?




Thursday, 31 January 2013

Mana Jinku??

As-salam.

Pada pagi ini Mak Aji menemankan kawan, Khadijah untuk membawa tamu kami dari Surabaya ke kompleks beli-belah One Utama. Setelah puas mereka membeli-belah dan menjamu mata, mereka kami bawa makan. Sekitar waktu Asar kami kembali ke rumah Khadijah untuk pekena secawan teh. Teh dituang dari teko berwarna emas yang pernah dibelinya di Makkah semasa mengerjakan haji beberapa tahun lalu. Suka hati melihat teko tersebut lalu Mak Aji memujinya. Sebentar berlalu Khadijah masuk ke dapur lalu membawa teko yang hampir sama tetapi bentuknya lain sedikit, umpama teko Aladin yang apabila digosok keluar jinnya! Ini rupanya:

Ini teko pemberian Khadijah!

Puas Mak Aji gosok, tidak keluar juga jinnya!! Mak Aji hendak minta dikabulkan permintaan ketuhar Panasonic Inverter ini!:

Ini yang akan diminta!

Jin sudah mula bercuti raya Cina ke?? Tidakkah awal sangat ke?? Kalau ya pun tunaikan permintaan ini dahulu, kepingin amat ketuhar itu!!

Mak Aji dengan sengaja menggosok teko itu kuat-kuat (dengan diperhatikan anak-anak) dan berkata-kata (dengan sedikit kuat sebab Pak Aji berada di dapur!) - "mana kau jin, nak minta oven ni!!" Anak-anak Mak Aji berderai-derai ketawa sambil menjeling ke arah Pak Aji (if you catch my drift, he he!!).




Wednesday, 15 August 2012

Curi Umur

As-salam.

Arwah mak Mak Aji pernah bercerita bahawa arwah abangnya dahulu sebenarnya lebih tua daripada usianya pada kad pengenalan. Ini kerana arwah atuk pernah curi umurnya beberapa tahun. Jadi arwah pak cik bekerja lebih lama, iaitu selama beberapa berbanding tarikh sebenar yang sepatutnya dia pencen! Jadi, itu bermakna pak cik sudah berusia beberapa tahun barulah namanya didaftarkan dengan pejabat pendaftaran. 

Curi umur ini sebenarnya banyak diamalkan oleh orang dahulu, mungkin sebab tiada peraturan (seperti yang ada sekarang) yang mewajibkan agar anak yang dilahirkan mesti didaftarkan selewat-lewatnya seminggu selepas lahir.

Bercakap fasal orang, Mak Aji sendiri pun dicuri umur oleh arwah ayah. Namun begitu, tidaklah lama, cuma sekitar sebulan sahaja. Sebab itulah Mak Aji ada dua tarikh lahir - yang sebenar dan yang rasmi! Kalau gunakan kedua-duanya dan dapat hadiah pada kedua-dua tarikh, kan bagus, he he!! (hadiah berganda). Tarikh sebenar akhir Ogos dan tarikh rasminya akhir September. Dengan ahli keluarga mereka dan Mak Aji sendiri lebih suka dengan tarikh sebenar.

Beberapa minggu lepas semasa Madihah ke JB ke rumah Along, Madihah ada membawa pulang hadiah untuk Mak Aji - supaya dihadiahkan pada hari lahir. Walaupun begitu, tukang beri hadiah tidak sabar menunggu harinya, jadi sudah diberi sebelum tarikh - whatever!  

Ini dia hadiahnya:

Hadiah daripada Along - syampu dan tonik rambut.

Sebenarnya Mak Aji ada sedikit masalah keguguran rambut dan Along sendiri pun pernah menghadapinya. Jadi, bahan rawatan yang pernah digunakannya (dengan jayanya) dihadiahkan pula kepada Mak Aji. Walaupun begitu, sebenarnya Mak Aji perlu membuat rawatan rambut agar rambut digalakkan agar tumbuh semula dengan sihat - cuma agak sukar mencari salun milik orang Islam yang membuat rawatan rambut, yang bukan Islam memang mudah dicari. 

Apapun, terima kasih banyak-banyak atas hadiah yang diberikan. Akan mama cuba dan diharapkan akan berhasil membuahkan respons yang positif!!


Saturday, 11 August 2012

Nice Surprise

Semasa menghabiskan hari-hari terakhir di ofis tempoh hari, Mak Aji tidak sempat menukar alamat dengan beberapa pihak, jadi masih ada beberapa helai surat yang masih sampai ke pejabat. Surat-surat tersebut dikumpul dan dikirimkan kepada kawan ofis yang tinggal berdekatan rumah Mak Aji. Semasa Mak Aji pergi mengambil surat-surat tersebut, kawan tersebut membawa suatu beg yang sederhana besar dan agak berat. Setelah diselidik rupa-rupanya hadiah ini merupakan hadiah daripada badan kebajikan bahagian yang jawatankuasa lamanya dibubarkan dan jawatankluasa baru ditubuhkan. Dana sedia ada dibelanjakan untuk hadiah ulang tahun setiap ahli.  Inilah hadiah hari ulang tahun Mak Aji tahun ini (advanced birthday gift!). TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK!!


Very nice surprise!!

Tuesday, 10 July 2012

Hadiah dari Kok Kapok

Sebelum kami bertolak balik dari Kok Kapok, Thailand, emak kepada isteri Baba menghadiahkan seplastik beras kampung yang ditanam sendiri. Banyak kilo jugalah yang diberinya (lebih 5 kilo)! Segan pula Mak Aji sebab rata-ratanya penduduk kampung hidup dalam keadaan serba daif. Walaupun begitu, mereka cukup memuliakan tetamu! 

Isteri Baba ada menyebut yang yuran tadika di sana cuma RM2 sebulan!!! Mereka di sana tercengang apabila diberitahu bahawa kita di sini kalau sekali ke pasar raya untuk belanja barang dapur, akan berbelanja sampai beratus-ratus ringgit. Ini kerana mereka rata-ratanya kerja kampung yang kais pagi makan pagi. Sehari bekerja mendapat hasil cuma cukup untuk belanja sehari sahaja! 

Begitu jauh berbeza cara hidup mereka berbanding kehidupan kita yang secara relatifnya mewah dalam segala segi. Melihatkan keadaan kampung dan cara hidup mereka begitu menginsafkan. Betapa amat perlunya kita bersyukur dengan segala apa yang Allah SWT kurniakan kepada kita - jangan lupa segala apa yang ada pada kita hanya amanah dan pinjaman sahaja, yang bakal akan ditanya dari mana datangnya dan ke mana kita belanjakan!! 



Monday, 2 April 2012

Murah Rezeki

Murah rezeki Mak Aji pada hari ini sebab ada kawan yang baru pulang dari Paris menghadiahkan beg yang memang Mak Aji cukup suka sangat. Tidak apalah tuan beg tidak berkesempatan pergi, dapat merasa pakai beg dari sana (sebenarnya buatan Vietnam, tetapi tetap dibeli di Paris, kan!!). Selain itu, kawan itu juga, Ros, memberi hadiah sedikit terawal, hadiah sempena Mak Aji hendak berpencen nanti (in advance! - macam Touch n Go pula!). 

Seorang lagi kawan yang pernah menjadi anak buah di bahagian lama tempat Mak Aji bertugas, Aida, memberi pulut kuning dan rendang sempena hari lahirnya pada 1 April, semalam! Berikut foto yang ingin dikongsi:

Hadiah beg dari Paris!! Suka sangat!
Hadiah sempena pencen pilihan menjelang 1 Julai 2012!
Pulut kuning dan rendang.
Terima kasih banyak-banyak Ros dan Aida atas pemberian!!

Thursday, 22 March 2012

Penghargaan untuk Adik Ipar

Cik Ning dan Mak Aji berpakat dan berkongsi beli hadiah untuk adik ipar kami, Ijon kerana banyak berkorban menjaga adik kami yang mengalami kemalangan jalan raya pada beberapa hari menjelang hari raya puasa yang lepas. Ijon memang kami kenali sebagai seorang yang tidak pernah menunjukkan muka yang masam, bagaimana letih ke, mengantuk ke dia, senyum sahaja yang menguntum di bibir. Itulah adik ipar kami yang kami sayang seperti adik kandung kami sendiri!! Hendak tengok hadiahnya? 

Jam tangan GUESS
Sebenarnya jam ini sama seperti yang pada hantaran anak buah Mak Aji yang kahwin tempoh hari. Melihatkan Ijon sukakan jam itu, maka kami dapatkan juga untuknya! We love you Ijon!! We can never ask for a better sister-in-law. Thank you for always being there for him!
Keadaan adik Mak Aji semasa dalam ICU tempoh hari.
Ini gambar terkininya: 

Sudah sihat, boleh berjalan tetapi masih bertongkat sebab belum pulih sepenuhnya.
Alhamdulillah berkat kesabaran isteri dan anak-anak menjaganya, dia semakin sihat dan insya-Allah akan pulih sepenuhnya.

Saturday, 25 February 2012

Hadiah Kerusi

Lewat petang semalam anak Mak Aji, Zhafran balik dari tempat kerja. Mak Aji yang berada di bilik terdengar orang mengoyak-ngoyak plastik - entah apalah pula tu?? Keluar dari bilik Mak Aji ternampak kejutan ini - hadiah kerusi pejabat untuk Mak Aji - untuk SOHO Mak Ajilah!! Jazakallah Zhafran - bila sudah menggunakannya, baru Mak Aji sedar yang Mak Aji benar-benar perlukannya, pelik kan?? Ini dia kerusinya dan inilah SOHO Mak Aji!:

Alhamdulillah, cukup selesa!
My very own  SOHO (Small Office Home Office)! 
Bunga kegemaranku - buatku senyum!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...