Followers

Showing posts with label nasi beriani. Show all posts
Showing posts with label nasi beriani. Show all posts

Friday, 11 October 2013

Mabuk Beriani

As-salam.

Pagi semalam Mak Aji ke KL, mengekor Pak Aji untuk membeli rempah beriani di Plaza City One bersebelahan Semua House di Jalan Bunus. Insya-Allah kami akan bertolak balik beraya di kampung pada pagi esok, jadi rempah kami beli untuk kakak sulung Mak Aji, Cik Ning. Mak Aji ada menyebut pada dia yang kami ada memasak beriani menggunakan rempah itu dan rasanya sedap, jadi kami belikanlah untuk dia sekali. 

Kalaulah sebelum ini (zaman kerja dan ketika muda-muda dahulu), kalau ke Jalan TAR, tiada lainlah yang dicari selain kain baju, tudung dan yang sewaktu dengannya, maka kali ini lain pula halnya! Tujuan kami, rempah beriani! Sebenarnya kawan Pak Aji yang memaklumkan kepada Pak Aji akan hal ini. Kawannya kalau setiap kali ke KL (dari KB), dia akan membeli rempah beriani bernilai sekitar RM500! Dia bukan sedikit punya berani, banyak berani tu!!

Mahu lihat apa yang kami beli?:

Serba macam rempah ada, beriani ayam, kambing, daging,
yang siap pek elok-elok ada, yang dipek secara loose pun ada.
Mak dengan bapa sahaja yang tiada! 
Ini pula desert yang diberi percuma setelah banyak barang yang dibeli!

Berikut pula rempah beriani jenama Shan yang kami beli pada awalnya. Rupa-rupanya ada lagi jenama lain, juga keluaran Pakistan.  

Rempah beriani Shan yang terbukti memang sedap. Kami sudah mencubanya
beberapa kali!

Kalau anda teringin untuk mencuba rempah-rempah yang Mak Aji tunjuk tadi, kalau lapang singgahlah ke Plaza City One, sebelah Semua House dan masuk sampai ke belakang, ada satu kedai yang chockfull with pelbagai rempah seperti yang Mak Aji tunjuk (beras Basmathi yang panjang-panjang pun ada!). Apa lagi kalau anda hantu beriani, jom!!

Ini dia Plaza City One.
Sumber foto: www.streetdirectory.com.my



Saturday, 20 April 2013

Nasi Beriani Mohd Shah, Batu Pahat

As-salam.

Dalam perjalanan balik ke KL dari Skudai, kami menyinggah di Batu Pahat untuk menziarah makam Habib Ali bin Zaenal Abidin al-Idrus di Tanah Perkuburan Bukit Cermai, Batu Pahat. Selesai ziarah kami terus ke Kompleks Niaga Benteng Peserai yang bersetentangan dengan Hospital Pakar Putra, Batu Pahat. Tujuan kami, Nasi beriani Mohd Shah!

Seingat Mak Aji inilah nasi beriani yang paling sedap yang pernah dimakan di mana-mana sekalipun. Sekali makan memang teringat-ingat! Kami mula makan nasi beriani ini semasa menghantar anak kedua kami, Boy untuk belajar di kolej di bandar ini. Sejak saat itu, memang inilah yang nombor satu! Lihatkan foto ini!:

Nasi beriani kambing yang lazat!
Perhatikan saiz periuknya! Terpaksa minta bungkus untuk anak cepat-cepat takut habis!!
Kalau anda belum pernah merasanya, cubalah, pasti pengalaman itu akan anda ingat sampai bila-bila! (tak dapat upah pun buat iklan ini, he he!!) Jom pekena!



Sunday, 14 October 2012

Mak Aji's Grocery Bag - Nasi Beriani Kambing

As-salam.

Kalau di Astro ada Anna & Kristina's Grocery Bag, hari ini ada rancangan baru pula, Mak Aji's Grocery Bag!! Kalau mereka berdua mencuba resepi yang dipaparkan pada buku resepi, Mak Aji pula mencuba resepi yang tersedia pada pek Nasi Beriani dan Ayam dan Daging Beriani keluaran syarikat ini - JT Sinaran Enterprise, Ledang, Johor! Berikut foto kedua-dua paket segera untuk menghasilkan nasi beriani dan lauk ayam atau dagingnya.


Di kiri rempah lauknya dan di kanan rempah nasi.

Pak Aji membeli sekilo daging kambing, jadi insya-Allah akan jadi nasi beriani kambinglah! Berikut pula foto nasi yang sudah siap, memang mudah sekali, lengkap dengan arahan (yang sedikit mengelirukan juga pun ada - sedikitlah, sebab itu perlu agak-agak juga). 

Nasi daripada sekilo beras basmathi.

Berikut pula lauk beriani kambing yang sudah siap:

Lauk beriani kambing.
Acar sempoi - timun Jepun dan tomato. Nampak cili api? Itu segar dari ladang!

Inilah dia makan tengah hari kami:

Set nasi beriani lauk kambing dengan acar.

Jom makan!!

Kesimpulan: Dari segi rasa dan bau rempahnya memang seperti yang biasa kita makan di restoran beriani. Kalau mengikut skala 1 hingga 10 Mak Aji beri markah 8. Pak Aji pun sudah menyebut yang dia akan tambah stok rempah ini untuk raya haji nanti. Takut habis, katanya! Dia agak cerewet sedikit, makan mahu sedap. Kalau dia suka insya-Allah puas hatilah!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...