Followers

Showing posts with label bersara. Show all posts
Showing posts with label bersara. Show all posts

Sunday, 6 May 2012

Jamuan Perpisahan

Esok badan kebajikan bahagian mengadakan jamuan perpisahan untuk Mak Aji. Sebenarnya seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini, Mak Aji agak kurang selesa dengan majlis seperti ini, rasa macam hibalah pula hendak tinggalkan staf bahagian dan juga ofis yang selama hampir 29 tahun Mak Aji bertugas di sini! Memang lama tempoh itu, namun Mak Aji rasa tidaklah lama sangat. Yang pasti, semasa Mak Aji masuk kerja, Mak Aji pakai baju yang saiznya jauh lebih kecil daripada sekarang! Kalau dahulu masih elok pakai kebaya, sekarang kebaya sudah tidak masuk buku langsung!

Mak Aji cuma ada dua minggu sahaja lagi tempoh untuk berkerja. Seminggu bermula esok hingga hari Jumaat dan seminggu pada minggu terakhir bulan Jun. Selepas itu, adios, arrivederci, sayonara, au revoir ......!!!

Semua yang bermula akan berakhir!!
Ini pesanan untuk staf bahagian yang tinggal!!!

Sumber foto: Google pics.



Wednesday, 18 April 2012

Kad Pesara

Mak Aji mula mengisi borang pencen pilihan pada bulan Jun tahun lepas. Bahagian personel hanya mengirimkannya ke JPA pada bulan Mac lalu. Pada awal bulan April Mak Aji sudah memperoleh kad pencen! Wah, sungguh cekap sekali JPA ya!. Jadi Mak Aji dapatlah tahu jumlah ganjaran dan juga jumlah pencen bulanan selain gantian cuti rehat (kami orang lama lebih kerap sebut golden handshake). Itupun perkiraan dibuat sebelum gaji baharu. Dengan gaji baharu, dapatlah insya-Allah lebih sesen dua, alhamdulillah!! 

Kalau anda belum pernah tengok kad pencen, lihat foto di bawah:

Kad pesara Mak Aji
Sekali pandang nampak macam 'bodoh' sahaja kad ini, rupanya tidaklah se'cerdik' kad kredit ke atau kad yang lebih 'anggun' dan sofistikated!! Namun begitu, dengan kad inilah pelbagai kemudahan akan diraih pesara, yang antara lain kelayakan wad pada bahagian kiri bawah - kalau umur sudah semakin lanjut, maka semakin keraplah berkunjung ke hospital!! Jadi, perkara ini amatlah penting!

Mengapa ya, kerajaan tidak cetak kad pesara warna merah jambu untuk pesara wanita dan biru untuk pesara lelaki?? Just a thought, he he!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...