As-salam.
Kita selalu dengar enjin kereta panas. Kalau kereta arwah ayah dahulu, pernah semasa kami dalam perjalanan jauh, dia terpaksa bawa air spare dalam kereta. Ini kerana setiap kali kami berhenti, dia akan membuka hud kereta, dan air akan diisi ke tangki air (tangki air kurang sihat, bocor kut??). Mak Aji ingat tidak ingat sahaja sebab ketika itu Mak Aji masih budak-budak sangat.
![]() |
| Gambar sekadar hiasan sahaja. |
Semasa berulang-alik balik kampung terutama semasa balik raya, kesesakan lalu-lintas yang teruk juga akan menyebabkan kereta tersadai di tepi jalan sebab enjin panas - biasanya kereta continental yang begitu - kereta omputihlah katakan, tidak tahan panas!
Semalam Mak Aji mengalami migraine yang kalau diukur mengikut skala 1 - 10, ukurannya lebih kurang 5 - masih boleh bertahan tanpa perlu menghadap doktor untuk mendapatkan suntikan ubat tahan sakit - yang dibuat, masuk bilik, gelapkan (tutup blinds) bilik, pasang pendingin hawa, dan cuba tidur sahaja.
![]() |
| Menahan sakit. |
Mengikut diagnosis Mak Aji (he he!), migraine berlaku sebab enjin Mak Aji panas! Sebenarnya Mak Aji sekeluarga terlepas bersahur sebelum itu - kurang air, enjin panas!!
Pernah sebelum ini Mak Aji mengalami migraine dan doktor (selepas memeriksa) mendapati bahawa Mak Aji kurang minum air, dan itu telah menyebabkan migraine tersebut -"enjin panas," kata doktor!
Jadi, jangan ingat enjin kereta sahaja yang pandai panas, enjin kita juga begitu - minumlah air banyak-banyak selepas berbuka. Pastikan anda membawa bekal sebotol air masak (minum sedikit-sedikit kalau tidak mahu berulang ke tandas) untuk pergi terawih!! Ada pendapat yang menyatakan, yang idealnya pada malam bulan puasa minum air segelas setiap jam! Wallahualam!
Sumber foto: Google Images

