As-salam.
Kawan Mak Aji, Monie dari http://permatahatimy2u.blogspot.com/2013/02/ni-cuti-kalau-pencen.html ada bertanya macam manalah orang pencen meluangkan masa di rumah. Dia kalau bercuti pun sudah mati kutu, apa lagi kalau sudah pencen.
Kalau hendak diikutkan bosan, adalah juga ketika berasa begitu tetapi cepat-cepat sahaja Mak Aji berbuat sesuatu. Macam-macam boleh buat sebenarnya!
Kalau pagi-pagi biasanya usai solat Subuh, bolehlah mula ke dapur menyiapkan sarapan. Usai bersarapan boleh beralih ke laman. Hendak siram pokok ke, membuang rumpai ke atau apa-apa sahajalah.
Usai kerja-kerja di luar dan pada masa yang sama matahari sudah mula terik, masuk lagi ke dapur untuk menyiapkan makan tengah hari. Makan yang agak simple sudah cukup, sebab sekadar berdua sahaja. Kalau kurang rajin atau kurang sihat, kami keluar sahaja makan di luar.
Biasanya TV terpasang sejak pagi setelah selesai berkebun lagi. TV akan dijeling-jeling sekali-sekala dan jika ada rancangan yang bagus, duduklah sekejap, terutama saluran Astro 728, 707 atau 703. Jadi, Mak Aji mahu kenalkan kawan baru sejak pencen ini:
![]() |
| Giada de Laurentiis |
![]() |
| Ina Garten |
![]() |
| Rachael Ray |
![]() |
| Paula Deen |
![]() |
| Nigella Lawson |
![]() |
| Alton Brown |
Mereka inilah antara kawan Mak Aji kalau menonton TV. Merekalah yang menghiburkan dan mengajar Mak Aji masak! Kalau semasa bekerja Mak Aji sekadar kerana keperluan, sekarang memasak sudah menjadi salah satu hobi baru pula! Semuanya gara-gara mereka ini, kawan-kawan baruku!! Terima kasih semua!
Catatan: Kita aje yang kawan dengan mereka, mereka tidak kawan pun dengan kita, he he!!
Sumber foto: Food Network Asia
Sumber foto: Food Network Asia





