Followers

Sunday, 10 June 2012

Sabda Nabi Muhammad SAW Berkaitan Kesihatan

Mak Aji berasa cukup bersalah kerana sudah lama menyebut akan berkongsi maklumat dari Kitab Tibb yang pernah disebut lama dahulu, namun tidak berkesempatan berbuat demikian. Sekarang Mak Aji hendak berkongsi petikan berikut dengan anda semua, beberapa sabda Nabi SAW berkenaan cara kebersihan, cara mengelak penyakit dan yang seumpamanya tentang kesihatan, yang dipetik daripada kitab tersebut:

Kitab Tibb

1. Nabi SAW pernah bersabda: Allah tidak menjadikan penyakit melainkan dijadikan-Nya juga ubatnya kecuali mati. Firman Allah, sesiapa yang hidup menurut petunjuk al-Quran akan lanjut usianya.

2. Asal segala penyakit ialah sejuk. Oleh itu, makanlah apabila anda kehendaki atau perlu dan jangan makan apabila tidak perlu. (Mak Aji kurang faham sedikit kaitan sejuk dengan ayat kedua perkara ini??).

3. Perut itu rumah penyakit dan puasa raja segala ubat. Oleh itu, jadikanlah puasa ini kebiasaan anda.

4. Pada pandangan Allah, makanan yang paling baik ialah makanan yang dimakan beramai-ramai.

5. Makan seorang diri semasa sarapan pagi ialah makan dengan syaitan. Makan dengan seorang lain ialah makan dengan raja yang zalim, makan dengan dua orang lain ialah makan dengan para Nabi a.s. 

6. Biarkan makananmu agak sejuk sebelum memakannya kerana makanan yang panas itu tidak berkat.

7. Apabila makan, tanggalkan kasutmu kerana dengan itu kakimu lebih rehat. Inilah nasihat yang baik. (kalau makan di rumah tiada masalah, cuma kalau di luar susah sedikit).

8. Ada keberkatan pada makanan di tengah pinggan. Oleh itu, mulakan makan makanan yang di tepi pinggan dahulu. Jangan bermula di tengah. (Pengertian hadis ini - seseorang janganlah tamak dan mementinhkan diri sendiri dan hendaklah dibenarkan orang lain sama mendapat berkat, jangan seorang diri sahaja). (Mak Aji rasa ini memang tepat untuk kes makan di dalam dulang).

9. Ada keberkatan dalam tiga perkara: dalam sarapan pagi, dalam roti dan dalam sup.

10. Berus gigi dengan miswak selepas makan dan kemudian berkumur-kumur kerana kedua-duanya amalan untuk menjaga gigi.

11. Gunakan miswak kerana amalan ini mendatangkan kebersihan, dan kebersihan datang dari iman, dan iman membawa orang itu ke syurga.

12. Makanan dalam pinggan itu memohon rahmat bagi orang yang makan hingga habis langsung dan tidak membazir.

13. Makan bersama barulah bersurai kerana keberkatan itu ada dalam kumpulan.

14. Kurang makan, kurang dosa (hai, nampak gaya semua orang kena mula kurangkan makan!!).

15. Mengumpulkan dalam perkara berikut adalah dilarang iaitu mengumpulkan gandum, barli, kismis sekoi, lemak, madu lebah, keju, walnut dan zaitun.

16. Jangan minum berdiri kecuali orang yang berpenyakit sengal pada paha dan pangkal paha (sciatica).

17. Sarapan pagi waktu fajar (dini hari) ada berkatnya.

18. Ketika saya mikraj, tiada seorang malaikat pun yang tidak berkata, "Wahai Muhammad SAW, beritahu umatmu supaya berbekam. Rawatan yang paling baik ialah berbekam, ketumbar dan sejenis herba (costus)".

19. Siapa yang sakit selama tujuh hari, maka ia sebagai penebus dosa selama 70 tahun.

20. Tiada sakit seperti sakit dalam mata dan tiada kerungsingan seperti kerungsingan kerana berhutang.

21. Apabila Nabi Muhammad SAW melawat orang sakit, baginda biasanya berkata, " Hindarilah perdaya iblis, kekuatan itu dengan Allah, sembuh dan disembuhkan, tidak ada yang menyembuhkan melainkan Engkau."


Catatan: Mungkin ada hadis yang anda memang sudah biasa baca dan dengan tetapi mungkin ada juga yang baru diketahui. Apapun semoga mampu membawa manfaat kepada semua, insya-Allah!!

Sumber: Kitab Tibb al-Rauhi as-Sufi hasil karya Sheikh Hakim Moinuddin Chisti

2 comments:

Sue Abd Aziz said...

eeemmm... banyak info berguna. Terima kasih kerana berkongsi... Memang tengah berpuasa, itu pun sebab kena ganti!

Ummu Madihah said...

Sama2 Sue. Banyak lagi info dlm uku tu yg akan dikongsi lagi. Selamat berpuasa dan selamat berbuka!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...