Followers

Thursday, 7 June 2012

Macam Tidak Percaya

Mak Aji sebenarnya agak takut dengan gubahan yang luar daripada kebiasaan, yakni yang berbentuk asimetri (bukan simetri). Bentuk simetri memang agak mudah sebab apa yang ada di kiri tentu ada di kanan dan apa yang di hadapan ada di belakang - umpama bayangan cermin. Jadi agak mudahlah. Yang asimetri, memang agak takut-takut sikit, takut tidak menjadi! 

Alhamdulillah dengan panduan dan tunjuk ajar guru, hasil yang diperoleh memang memuaskan hati Mak Aji - rasa macam tidak percaya dapat menghasilkannya! - seronok sangat! Saksikan:

Gubahan bentuk asimetri menggunakan gabunga tiga warna utama, merah, kuning dan biru (ungu).

Catatan: Rupa-rupanya gubahan bentuk ini ada ukuran panjang tertentu untuk rangka kasar bagi bentuk gubahan. Gubahan juga perlu mampu menampakkan 'kedalaman' (depth) semasa menyusun setiap batang bunga! Kena baca balik nota ni, utk ingatkan ukurannya, nanti lupa!



2 comments:

Sue Abd Aziz said...

fresh flowers ke ni Mak Aji? harum la satu rumah tu nanti...

Ummu Madihah said...

Ya Sue, bunga segar. Tak bawa balik pun, Mak Aji naik monorel, pastu komuter, xleh bawa!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...