Followers

Showing posts with label roti. Show all posts
Showing posts with label roti. Show all posts

Friday, 1 May 2015

Cucu Baru - Muhammad Harith - Selamat Hari Lahir!

As-salam.

Pada tanggal 14 Mei Mak Aji terbang ke JB untuk menemani anak sulung Mak Aji yang bakal bersalin pada tanggal 16hb. 

Sebelum bersalin dan berpantang Mak Aji perlu memenuhi permintaannya untuk menikmati kek cawan mulberi seperti yang Mak Aji buatkan sempena hari ulang tahun Mikhail beberapa hari sebelumnya. Maka sesampai di rumahnya di Skudai, Mak Aji membuatlah kek cawan yang diminta:


Kek cawan berinti mulberi dengan frosting berperisa mulberi dan dihiasi mulberi segar di atasnya!
Kek cawan mulberi yang dibikin tempoh hari untuk hari ulang tahun pertama Mikhail.

Selain itu Mak Aji juga melayan Along keluar. Sempat disambarnya aiskrim McFlurry dari McD sebanyak dua kali! Alahailah makyong! Sabar ajelah Mak Aji melihatnya! Suka hati kamulah Along! 

Pada 16hb. seperti yang dijadualkan, kami pagi-pagi lagi ke Hospital Columbia Asia di kawasan Perling. Along dijadualkan menjalani pembedahan caesarian pada jam 9 paginya. Alhamdulillah sekitar jam 4.30 petang lahirlah puteranya yang ke-3 - Muhammad Harith dengan beratnya 3.3 kg. Maka bermulalah tugas Mak Aji menjaga Along serta baby baru, juga dua anak lelakinya yang besar. 


Jari-jari mungil cucuku! Foto sepenuhnya selepas habis pantang Along ya!

Selang beberapa hari timbul pula rasa rindu untuk meroti. Maka disuruhlah Pak Aji untuk membawanya dari KL kerana dia berkereta. Meroti pulalah Mak Aji melayan cucu serta melayan gian meroti!:

Piza mini (sebelum bakar).
Ban manis
Imran - anak kedua Along.
Naufal - anak sulung Along.
Apabila melihatkan BM yang dibawa Pak Aji dari KL, terdetik di hati - BM. never leave home without it!! 



Wednesday, 1 April 2015

Hasil Meroti Sepanjang Ketiadaanku

As-salam.

Sepanjang kehilangan Mak Aji dari blog, boleh tahan jugalah banyaknya roti yang dihasilkan. Ada yang elok dan ada juga yang macam kena accident! (he he!!). Jom kita tengok!:

Ban dengan topping keju.
Ban dengan topping keju yang siap.
Pau berinti krim mentega.
Mexican bun/roti boy - sebelum bakar.
Mexican bun/roti boy - siap.
Ban dengan topping krim mentega.
Ban dengan topping serunding daging.
Piza mini. 
Ban pandan.
Bun with blueberry cheese topping - yang ini
serupa lepas accident apabila siap dibakar!!
Siaran ulangan ban seperti di atas sebab Pak Aji suka!
Blueberry cheese buns dengan bentuk yang lain.

Sekianlah adanya agar anda dikemas kini akan usaha 'keras' Mak Aji menyediakan hidangan roti untuk keluarga tercinta!! Mak Aji tidaklah risau sangat apabila rupa roti tidak seberapa asalkan keluarga suka. Itupun sudah cukup memuaskan hati ini - terbayar sudah lelahku!



Tuesday, 30 December 2014

Roti untuk Mangsa Banjir di Rumah


As-salam.

Beberapa hari lepas kakak Mak Aji serta keluarga menyinggah di rumah Mak Aji dalam perjalanan ke Kota Bharu. Mereka baru balik dari menaiki kapal pesiaran ke Phuket serta Krabi (naiknya di Pulau Pinang - syoknya!). Dari Pulau Pinang mereka berkereta ke KL setelah menyinggah juga ke rumah adik Mak Aji di Taiping. Perjalanan ke KB terpaksa ditangguhkan kerana banjir dan jalan darat terputus. Apabila sudah ada ramai-ramai berkumpul, apalagi, merotilah lagi!! Kali ini roti khas untuk mangsa banjir yang terkandas di rumah Mak Aji! Berikut yang dihasilkan:


Rupa macam keropok lekor pun ada, kan!!
Rose petal dulang kedua.
Selepas proofing, rose petal makin kembang, cuma kurang kembang,
 kurang comey!
Dulang kedua - cuba lihat bahagian tengahnya tu!
Ini pula roti berinti bluberi dan juga keju. Ralit pula Mak Aji menganyam!
Yang macam dugong tu berintikan chocolate chips manakala selebihnya
berinti keju. 
Piza mini.
Sebelum bakar nampak OK tetapi selepas bakar nampak KO sebab bawang 
jadi lebam! Lesson learnt: Kalau nak bubuh bawang, pastikan bawang Holland!

Hasilnya:



Rose petal yang tidak kembang secukupnya - underproofing ke?? Kalau tunggu
 lama sangat takut overproofing pulak!
Dulang kedua juga menerima nasib yang sama!

Kan dah cakap, lebam, kan! Pastikan guna bawang Holland ya!

Kembang tak kembang, lebam tak lebam, namun roti Mak Aji tetap laris terjual (kepada ahli keluarga sahajalah), alhamdulillah! Roti sudah habis pun masih ada yang bertanya lagi tentang roti - "ada lagi ke??"






Saturday, 27 December 2014

Tunai Janji Cucu

As-salam.

Mak Aji pernah mengirimkan roti hasil tangan Mak Aji kepada cucu yang berdua orang di Skudai melalaui anak buah yang ke sana. Setelah menikmatinya mereka menelefon agar Mak Aji membuatnya lagi untuk mereka apabila mereka ke rumah Mak Aji nanti.

Semalam Mak Aji ke KLIA untuk kali ketiga selama 3 hari berturut-turut! Kalai pertama untuk menjemput anak buah yang baru sampai dari Pulau Pinang dan terpaksa balik ke rumah Mak Aji sementara menunggu penerbangan esoknya ke Kota Bharu - penerbangnam malam dibatalkan dan ditunda ke esok harinya kerana banjir dikhuatiri bertambah buruk pada malam itu. Hari berikutnya Mak Aji menghantarnya untuk balik ke Kota Bharu. Semnalam Mak Aji pergi lagi kle KLIA untuk menjemput Along serta dua cucu Mak Aji yang tersangkut banjir dan baru dapat keluar untuk balik ke KL. 

Sampai sahaja di rumah, cucu sulung, si Naufal menagih janji Tokmanya! - "Nanti Tokma buat roti hotdog tau!" Maka merotilah Mak Aji untuk menunaikan janji kepada cucu:

Piza - berapa banyak mayonis daaa, Along??
Roti hotdog yang ditagih.
Di kiri, roti berinti pes kacang merah.


Siap sahaja roti masak, belum sempat disapu butter pada permukaannya, anak cucu sudah bergegas ke dapur (termasuklah Pak Aji juga!) - sekejap sahaja licin Mak Aji 'berjual' dengan mereka!






Alhamdulillah selesai satu episod meroti untuk anak cucu. Esok mahu order roti apa pulak???






Friday, 19 December 2014

On Your Marks, Get Set, Bake!

As-salam.

Untuk anda peminat rancangan The Great British Bake-Off, tentu sahaja kata-kata di atas cukup biasa anda dengar! Mak Aji salah seorang peminatnya juga - yang syoknya apabila Mak Aji sendiri di dapur rmenghasilkan roti atau kek, maka fikiran Mak Aji melayang jauh dan terbayang seolah-olah Mak Aji juga salah seorang pesertanya juga! He he, layan Mak Aji layan.....

Oklah, habis cerita Mak Aji melayan angan-angan, mari kita kembali ke dapur. Semalam Mak Aji meroti lagi untuk menunaikan hajat anak buah Pak Aji yang sedang sarat mengandung yang teringin untuk merasa roti sarang tebuan. Maka merotilah Mak Aji lagi setelah berehat beberapa ketika dek sibuk kerana berulang-alik ke Shah Alam untuk majlis tahlil arwah kawan Pak Aji.

Seperti biasa, sebelum mula meroti yang pastinya persiapan awal perlu dibuat kerana Mak Aji tiada pembantu/bibik untuk disuruh membuat itu dan ini. Apabila mula menguli, maka tiadalah kerja lain yang boleh dibuat secara selang-seli. Maka inilah dia bahan persiapan awal:


A well-risen dough - kalau tiada, memang takkan meroti kita!
Bahan untuk filling dan topping.
Acuan yang diap dilenserkan dengan mentega.
Ini dia fondant mat sebagai alas kerja mencanai doh - comey kan yang pink tu!
Sedikit air untuk membenam doh yang lepas itu digelekkan
atas bijan hitam dan putih.
Dough cutter.
Digital scale.

Setelah siap kerja rounding dan shaping, maka terhasillah yang berikut:


Roti sarang tebuan yang ditaburkan pelbagai kekacang.
Ini dia doh yang dibenam dan digelek atas bijan - sila abaikan
saiznya yang tidak konsisten! Kalau masuk The Great British Bake Off 
pasti kalah punya dek saiz ni!
Yang nampak merah-merah tu ada filling dan topping menggunakan
blueberry compote
(yang dibikin sendiri)!
Ini dia tuna rolls.

Setelah siap proses membakar roti, maka berikut hasilnya:


Roti sarang tebuan yang belum disiram sos butterscotchnya.
Tuna rolls - roti yang paling laris!!



Maka sempurnalah hajat mak yong untuk makan roti sarang tebuan, alhamdulillah! Mak yong nak makan roti lagi, habaq mai no!!


Catatan: Kali ini dalam The Great British Bake Off (yang hanya dalam angan-anganku!!) Mak Aji kalah dengan sebab utamanya - inconsistency in size. Tidak mengapa, better luck next time!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...