Followers

Sunday, 17 June 2012

Umpan Anai-anai

Tempoh hari Mak Aji menghubungi sebuah syarikat kawalan serangga perosak. Setelah mendapatkan anggaran harga Mak Aji serahkan kepada Pak Aji untuk membuat tindakan susulan. 

Setelah Pak Aji berbincang dan belum sempat pun membuat temu janji dengan wakil syarikat itu, Pak Aji terus mengadu yang kadarnya terlalu tinggi dan dia terus membuat keputusan untuk menangani sendiri masalah itu. Caranya dengan membeli umpan anai-anai (baiting system) yang entah dari mana dibelinya.

Mak Aji sebenarnya lebih suka menyerahkan perkara ini kepada pakar bidang dan bukan cuba menyelesaikan sendiri sebab kita bukan pakar! Kalau mahukan penyelesaian yang terbaik berserta dengan jaminan untuk tempoh masa tertentu, maka ongkosnya perlulah kita tanggung!!

Apapun, Mak Aji terpaksa berserah dan pasrah - siapalah kita untuk membuat keputusan? Mak Aji amat berharap dan berdoa agar masalah ini terkawal dan jangan sampai rumah runtuh nanti!!


Anai-anai.
Kemusnahan kerana anai-anai.
White House pun menggunakan sistem ini!



2 comments:

Sue Abd Aziz said...

eee... memang tak sanggup lagi kena serang anai-anai... penat mengemas!

Ummu Madihah said...

Sue buat mcm mana hari tu? Panggil pest control ke?? Mrk boleh dtg balik tau!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...