As-salam.
Usai solat Jumaat rombongan di pihak kami, pengantin lelaki bertolak ke Kampung Teluk Buloh, Hutan Melintang Perak untuk majlis akad nikah anak ketiga Mak Aji, Zhafran. Seluruh rombongan (termasuk dua adik Mak Aji serta keluarga datang dari Batu Gajah dan Taiping) berkumpul di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin di Sabak Bernam. Selepas membetulkan semua barang hantaran yang sedikit tercabut serta senget-benget sana-sini dek perjalanan dari Sungai Buloh, kami terus bertolak ke rumah pengantin perempuan.
Berikut foto sekitar majlis tersebut:
 |
| Mida, menantu baru Mak Aji. |
 |
| Zhafran looks like he's in a daze! Bermimpikah aku ini??? |
 |
| Sharing a light moment. |
 |
| Mak Aji, Mida dan ibunya. |
Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Sempurna sudah akad nikah dan mereka sah sebagai suami isteri. Insya-Allah kenduri kahwinnya akan berlangsung selepas raya puasa nanti untuk kedua-dua belah pihak
Insya-Allah bila ada lagi foto lain akan dimuat naik lagi nanti sebagai tambahan.