As-salam.
Dalam usia meniti senja ini agak biasalah kalau kita memberikan lebih perhatian kepada kesihatan agar terjaga dengan baik dan kita berupaya menjalankan tugas harian tanpa menyusahkan orang lain - yang pentingnya ibadat dapat disempurnakan (selama mendapat izin-Nya jua).
Yang menjadi keutamaan ialah apa yang kita makan - we are what we eat! Kalau boleh makan sahajalah apa yang boleh memberi manfaat dari segi kesihatan. Paling tidak pun cubalah cara memasak yang lebih menyihatkan - dari sinilah timbulnya idea untuk mendapatkan Tefal Actifry ini - agar kurang menggunakan minyak apabila menggoreng!
Mak Aji pernah membeli deep-fryer lama dahulu tetapi jarang menggunakannya - cuma untuk menggoreng ayam goreng ala KFC dan juga french fries sahaja, juga sesekali menggoreng ayam untuk chicken chop. Yang Mak Aji kurang suka menggunakannya - minyak hampir sebotol digunakan untuk sekali goreng! Pun sebab wire mesh/jaring tempat letak ayam untuk menggoreng itu cukup susah untuk kita membasuhnya! Wire mesh pada deep-fryer lebih kurang sama dengan yang terdapat pada Philips Airfryer di bawah.
Mari kita lihatkan:
![]() |
| Philips Airfryer |
![]() |
| Cuba lihat jaring/wire mesh itu. |
Apabila membuat perbandingan antara Philips Airfryer dengan Tefal Actifry, maka Mak Aji pilih Tefal Actifry kerana tiada wire mesh ini dan agak mudah dicuci. Cuba lihat pula Tefal Actifry:
![]() |
| Tefal Actifry 1.2 litre - dari hadapan. |
![]() |
| Dari sisi - ada ekor sikit. |
![]() |
| Dari atas. |
![]() |
| Simple operation with just an on/off and start switch! |
![]() |
| Apabila dingangakan inilah rupanya. |
![]() |
| Di tengah-tengahnya paddle yang boleh ditanggalkan agar mudah dicuci. Paddle ini juga akan menggerakkan ayam/kentang yang digoreng agar sekata masaknya. |
Setakat hari ini Mak Aji sudah mencuba masak french fries dan juga ayam goreng yang disaluti breadcrumbs. Berikut hasinya:
![]() |
| Alhamdulillah terhasillah fries yang lebih 'sihat'!! |
![]() |
| Ayam gorengnya pula kelihatannya ok tetapi sedikit kurang dari segi rasanya! |
Menurut seorang kawan blogger (yang sekarang tidak lagi blogging tetapi bertukar ke Instagram sahaja) kalau ayam goreng salut tepun insya-Allah ok - nampak gaya kena berusaha lagi untuk mendapatkan hasil yang lebih baik lagi!
Beberapa hari lepas Mak Aji konon-kononnya ingin memanfaatkan Actifry untuk menggoreng karipap segera - hasilnya a big lumpy mess of pastry plus karipap filling!! Jadi janganlah cuba ya, Mak Aji sudah mencubanya dan hasilnya hancuss! Goreng sahajalah karipap segera itu dalam kuali biasa!
Sekian sedikit pengalaman untuk anda (terutama adik Mak Aji, Cik Na) yang berkira-kira untuk membelinya! Semoga beroleh manfaat!









