Followers

Showing posts with label kemasan lantai. Show all posts
Showing posts with label kemasan lantai. Show all posts

Monday, 16 April 2012

Hasil Kerja Tangan Pak Aji

Dieyana minta Mak Aji tunjukkan kerja tangan Pak Aji memasang sendiri permaidani dinding ke dinding. Sebenarnya secara keseluruhannya Mak Aji agak kurang berpuas hati - syy, macam buat dengan kaki aje - jangan sampai Pak Aji dengar, nanti kecil pulak hatinya!! Kalau Mak Aji, sebab hendakkan puas hati, bayar sahajalah, kalau kurang kemas kita komplen! Kalau buat sendiri, senyum pahit ajalah! Tengoklah foto yang dimuat naik:

Pak Aji posing dengan kemasan lantai hasil kerjanya.
Lagi, dalam bilik tidur utama.
Ruang antara bilik utama dengan bilik tamu.
Ruang tamu yang baru (saiznya dua kali ganda yang asal).
Kalau diperhatikan betul-betul, keadaan kurang kemas di palang pintu dan juga ditepi-tepinya. Apapun semua kerja kemasan sudah selesai, kalau sakit mata sedikit, tahan sahajalah! 

Catatan: Warna dinding tidak membayangkan apa-apa kecenderungan dari segi politik - kebetulan sahaja, he he!!

Kemasan Lantai

Setelah membuat beberapa perbandingan harga bahan untuk kemasan lantai, kami terpaksa berpuas hati dengan permaidani dinding ke dinding, sekadar menyambung kemasan sedia ada dengan warna permaidani yang sama. Mak Aji ingat pada awalnya mahu cari yang jenis bercorak tetapi menteri kewangan tidak memberi kelulusan! Oklah, tidak apa. Pak Aji (being the DIY person he is), macam biasa berasa yang dia juga mampu memasang sendiri permaidani - "Alah, mudah saja, sudah tengok mereka buat, bukan susah sangat!" - itulah kata-katanya. Untuk keluasan yang diperlukan, kami terpaksa membayar upah pasang sekitar RM350.00. Jadi, Pak Aji buat keputusan untuk memasang sendiri. Setelah mendapat bimbingan daripada pekerja kedai permaidani, maka Pak Aji mula dengan memasangnya di bilik utama. Setelah berjam-jam mengukur, memotong, mengacunya di bilik, meletak gam serta memasangnya, dia mengadu pening - bau gam yang cukup kuat (agaknya itulah jenis gam yang budak-budak dok hidu!)  Tangannya juga sakit-sakit, minta dipicit!

Waktu itulah Mak Aji memberi komen, "Itulah dia bayaran upah RM350 itu, supaya tidak perlu sampai pening/high dek terhidu gam, tidak perlu sakit tangan, tahu-tahu sahaja siap dan sempurna pemasangannya." Entah bilalah agaknya dua lagi bilik, ruang tamu serta ruang lorong ke belakang akan siap dipasang?? Tukang pasang DIY sudah bising-bising mulutnya! Lambat siaplah projek!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...