Followers

Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Wednesday, 21 March 2012

Anak Ayam Mula Menetas

Lama betul Mak Aji tidak bercerita fasal ayam kami. Bapa ayam sudah masuk ke kawasan pagar orang sebelah dan sudah tidak tahu hendak balik - sekarang menumpang tidur di atas pokok rambutan di laman orang. Kami memang cam suara kokokannya walaupun dari jauh! Pak Aji pun tidak menyebut hal itu kepada orang sebelah. Jadi tinggallah ibu ayam sendirian. Walau bagaimanapun ibu ayam bertelur, mengeram dan akhirnya anaknya menetas (oh,.... curang ya!!).

Pagi-pagi lagi hari ini Mak Aji terdengar suara anak ayam - sudah menetas rupanya. Entah berapa ekorlah anaknya. Belum lagi dijenguk - seronok juga dengan bunyi anak ayam ya!

Tiga sahaja yang hidup anak ayamnya.
Ibu dan anak ayam.
Ibu ayam banyak bertelur tetapi hanya tiga sahaja yang hidup. Pak Aji kata ada tiga ekor yang mati di dalam sarang kerana terpijak. Kata Pak Aji lagi, ini kes ibu muda yang belum pernah beranak, tidak tahu budget, hinggakan terpijak anak sendiri. Beranak sulunglah katakan. Agaknya bayi yang mati kerana lemas akibat terhimpit susu emaknya, macam inilah juga kesnya! Agaknyalah!

Monday, 13 February 2012

Pelik Tetapi Benar: Ayam Jantan Bertelur!

Para saintis China sedang menyiasat suatu kejadian pelik yang melibatkan seekor ayam jantan yang mula bertelur apabila kesemua ayam betina disembelih dan dimakan tuannya.

Tuan punya ayam ini, Huang Li, 47 tahun, memelihara ayam jantan ini bersama-sama tujuh lagi ayam betina di sebuah ladang kecil di Kampung Chumiao, kota Mengcheng, daerah Anhui, di wilayah tengah China. Beliau berkata bahawa keluarga mula menyembelih ayam secara beransur-ansur semasa musim sejuk sehinggalah ayam jantan ini sahaja yang tinggal - dan beliau amat terkejut apabila mendapati terdapat telur di dalam reban pada keesokan harinya.

Inilah ayam jantan yang bertelur!
Beliau pada mulanya ingatkan bahawa jirannya yang cuba bergurau. Namun perkara yang sama berulang pada hari kedua dan ketiga. Berita tentang hal itu tersebar meluas apabila sebuah stesen TV membuat liputan. Ekoran daripada itu para saintis datang dan meminjam ayam jantan itu untuk melakukan kajian. Huang Li  berkata, "Mereka ingin menyiasat sama ada ayam jantan itu sebenarnya ayam betina yang menyerupai ayam jantan atau sama ada ayam itu berubah jantina selepas semua ayam betina hilang kerana disembelih. Apa yang saya tahu ayam ini memang berkokok nyaring untuk mengejutkan kami dari tidur dan ayam ini juga memang berkelakuan sebagai ayam jantan semasa bersama-sama dengan ayam betina."

Sumber: web.orange.co.uk
Diterbitkan pada: 12 Februari 2012


Catatan: Jangan ingat manusia sahaja boleh bertukar jantina, ayam pun!!

Monday, 14 November 2011

Banglo Bertukar ke Semi-D

Semalam merpati dapat tinggal dalam banglo, tapi hari ini mereka terpasa didown-grade ke semi-d gara-gara kemasukan ahli baru, sepasang ayam kampung yang dibeli semalam dan dibawa balik hari ini. Mak Aji tak pasti sama ada itu langkah sementara atau kekal. Mungkin kalau dah membiak nanti perlu difikirkan untuk dibuat reban ayam yang berasingan pula. 

bersantai dalam rumah baru

banglo bertukar semi-D
Bapak ayam mengajar ibu ayam untuk masuk bertelur

Ibu ayam buat derk aje!

Sejak pagi Pak Aji bertukang lagi membahagikan rumah merpati kepada dua bahagian menggunakan kayu papan lapis. Satu lagi pintu dibuat untuk merpati. Berikut hasilnya:

Ayam jantan sudah mula berkokok, tak habis-habis Pak Aji memuji ayam jantannya bersuara 'solid.' Insya-Allah pagi esok bolehlah kami dikejutkan oleh ayam berkokok! Kata Pak Aji ayam berkokok jam 3.00 pagi (Mak Aji kata untuk kejut orang bangun tahajud, Pak Aji kata kejut orang tengah tidur, dini hari sejuk, terus tarik selimut!). Apa-apalah. Oh ya, sekali lagi ayam berkokok waktu Subuh. Itu memang nak kejut orang bangun solat Subuh. Seronok juga bela ayam ni ya!

Sunday, 13 November 2011

Merpati dan Anak Ayam

Selepas selesai berkebun di laman rumah, Mak Aji dengan Pak Aji ke petshop untuk membeli merpati. Kami pilih dua pasang, seekor bintik-bintik hitam putih, seekor grey/kelabu asap bertompok-tompok dan dua lagi putih tetapi ada sedikit warna coklat di belakang. Tiada yang keseluruhannya putih (kata tuan kedai, yang putih keseluruhannyalah yang dibuat ubat - ubat apa tidak pula beritahu, Mak Aji pun tidak menanya). Semuanya diberi harga RM80.00.
Selain itu, Pak Aji juga beli anak ayam enam ekor, harga 3 ekor RM10.00. Setelah membeli segala keperluan tempat makan mereka dan sebagainya, kami balik. Berikut gambar ahli-ahli baru keluarga kami:
Rumah burung yang siap sepenuhnya
masih takut-takut masuk rumah baru
malu nak turun makan minum!
Di bawah pula anak ayam yang dibeli:

enam ekor anak ayam baka ayam daging


Bila hari nak hujan, Pak Aji ubah suai rumah sementara anak ayam menjadi seperti berikut:


selubung dengan plastik dan tutup dengan payung supaya tak kena hujan!

Kata Pak Aji, "Ayam pun nak pakai payung juga!" Apa-apalah!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...