Followers

Thursday 14 June 2012

Monorel Koner Baring

Pada pagi ini Mak Aji sengaja duduk betul-betul di belakang pemandu koc monorel untuk melihat cara dia mengendalikan koc tersebut. Mak Aji naik dari stesen KL Sentral ke stesen Raja Chulan. Stesen KL Sentral ialah stesen terakhir dan semua penumpang perlu turun untuk menyambung perjalanan dengan komuter (macam Mak Aji) dan sebagainya. 


Laluan monorel
Syukur ada monorel yang murah, cepat dan selesa!!

Koc bergerak selepas pemandu melihat lampu hijau di hujung hadapan stesen. Gearnya lebih kurang sama dengan gear kereta bertransmisi automatik. Sejurus sebelum menghampiri stesen berikutnya, pemandu memicit butang lantas berbunyilah, "stesen berikutnya, Sambanthan." Koc akan diberhentikan di tempat yang pemandunya betul-betul selari dengan cermin sisi besar (berukuran diameter 2 kaki - untuk menjamin jangan ada penumpang yang tersepit semasa hendak naik turun agaknya?) yang terletak di sisi stesen. Begitulah seterusnya sehinggalah koc tiba ke destinasi hujung sana iaitu Titiwangsa.   

Bila diperhatikan, sebenarnya memandu koc monorel lebih kurang sahaja dengan memandu kereta, kecuali tiada kenderaan lain yang menggunakan 'jalan' monorel. Ada pemandunya yang memandu agak perlahan dan berhati-hati dan ada juga yang agak sedikit ganas sehingga membuat koner baring!! Jangan sampai tanggal tayar macam yang terjadi pada awal-awal dahulu, sudah! 

Seperkara yang timbul di benak - perlukan pemandunya mempunyai lesen B atau B2 atau D atau yang semacam itu ya?? 



3 comments:

MONIE said...

pengalaman... saya belum pernah naik Monorel!

Ummu Madihah said...

memang pengalaman berharga. paling seronok bila melihat ke bawah, jalan jam - padan muka, siapa suruh bawa kereta!! tapi bila bersesak, mahu sesak nafas dibuatnya!

Ummu Madihah said...

Monie, u kena try naik, jangan tunggu saudara dr kg minta nak naik monorel br bw mrk naik (tukang bw br cuba naik!).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...