Followers

Showing posts with label kacang pol Haji. Show all posts
Showing posts with label kacang pol Haji. Show all posts

Wednesday, 3 October 2012

Atur Cara Hari Selasa

As-salam.

Bermula semalam Mak Aji dan Along merancang atur cara sepanjang Mak Aji di sini agar masa Mak Aji di sini dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Usai menghantar cucu-cucu ke sekolah, kami kembali ke rumah untuk sarapan. Selesai sarapan, kami ke Nurseri Pak Ali di Jalan Pontian Lama (cerita lanjut tentang nurseri ini di sini).

Kami kembali dari nurseri dengan pelbagai pokok herba yang Mak Aji rasa harganya lebih murah berbanding di nurseri Sungai Buloh! Sebelum kembali ke rumah Along, kami menjemput Ibu Yati untuk mengurut Mak Aji. Kata Along urutan Ibu Yati agak bagus! Sesi mengurut berjalan sekitar dua jam dan selepas dioverhaul Ibu Yati, badan terasa cukup segar sekali!! Belakang Mak Aji juga dikeruk menggunakan duit syiling 50 sen. Memang berbirat di belakang - akibat banyak angin mengikut katanya!

Sekitar waktu tengah hari adik Pak Aji datang ke rumah Along - Mak Aji berjanji untuk mengajarnya cara membuat blog (cewah, jadi guru konon-kononnya, he he, walhal diri sendiri bukanlah pandai sangat pun!!). Adik ipar ini sebenarnya sedang sambung belajar secara separuh masa (PJJ) sebab dia bertugas sebagai guru sepenuh masa. Dia diberi tugasan membina blog sendiri untuk memenuhi keperluan subjek Teknologi.

Untuk makan malam kami ke Plaza Larkin untuk makan kacang pol Haji di medan selera. Sudah lama Mak Aji teringin untuk makan di sini. Begitu juga dengan ais kacangnya. Layan foto-foto di bawah:

Makanan kami sedang disediakan!
Tidak sabar hendak makan!
Jom makan kacang pol Haji!!
Ais kacang biasa dan yang special!

Dengan itu berakhirlah atur cara hari Selasa!


Monday, 6 August 2012

Kacang Pol Plaza Larkin

As-salam.

Puasa-puasa ini ada sahaja yang teringat hendak makan. Masalahnya yang susah hendak dapat itulah yang diidamkan! Madihah menyebut tentang betapa sedapnya kacang pol di Plaza Larkin, JB. Memang itu makanan kegemaran kami - Mak Aji biasa makan selepas mennjemputnya dari sekolah pada hari Jumaat. Kami biasa pekena kacang pol itulah. Dipadankan pula dengan ABC - memang sedap!

Kedai kacang pol Haji yang sentiasa penuh dengan
pengunjung.
Ini dia hidangan yang kami rindu!! Makan semangkuk mahu
semangkuk lagi!!

Entah bila agaknya hendak turun ke JB? Yang tentunya kacang pol, insya-Allah, menjadi sasaran utama kami!!

Sumber foto: Google Images


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...