As-salam.
Kalaulah pada beberapa tahun lepas ada orang bertanya kepada Mak Aji tentang hal membeli online, Mak Aji sudah pasti akan kata - tak beranilah nanti kena tipu, duit lesap barang entah ke mana; nanti tak puas hati kalau tak pegang dan belek sendiri; bayar untuk barang jenama mahal dapat barang tiruan, ..... dan bermacam lagi alasan!
Sekarang kalau orang yang sama bertanya lagi, kemungkinan besar jawapannya jauh berbeza! (he, he, I'm finally hooked!). Kalau generasi muda lagilah mereka memang biasa sangat dengan pembelian secara mudah ini. Seperti biasalah, orang tua macam Mak Aji ini lambat sedikit mengikut perkembangan terkini. Sebelum membeli pun Mak Aji selidik dahulu sama ada boleh dipercayai atau tidak penjual online ini sebab memang ramai yang sudah tertipu! Insya-Allah dengan penjual ini anda tidak akan ada masalah.
Oklah, Mak Aji mahu kongsi barang yang baru Mak Aji terima dengan Poslaju tengah hari tadi:
![]() |
| Sarung lengan jari permata dengan lace! |
![]() |
| Kalau tak cantik bukan sebab sarung lengan ya, sebab lengan yang tidak halus manis! |
Mak Aji sudah beberapa kali membeli sarung lengan dengan Butik Humaira ini. Setakat ini Mak Aji memang puas hati dengan kualiti produknya. Ada pelbagai jenis sarung lengan dalam pelbagai warna. Kalau anda berminat bolehlah anda cuba ke laman FB-nya seperti berikut:
https://www.facebook.com/butik.humaira?fref=ts



