Mak Aji sudah lama tertanya-tanya tetapi tidak pernah mengajukan pertanyaan ini kepasa sesiapapun. Soalannya: Anda guna satu pengisar atau dua?? Bagaimana halnya jika anda mahu kisar lada kering untuk dijadikan cili boh dan pada hari yang sama anda mahu membuat shake atau smoothie??
Di rumah Mak Aji hanya ada satu sahaja. Melihatkan Monie membuat shake menggunakan pelbagai buah-buahan segar, teringin pula hendak mencuba. Cumanya, setakat ini belum berani takut smoothie berbau cili atau takut mata pengisar menjadi tumpul (jika dimasukkan ketulan ais!).
Mak Aji meninjau-ninjau di alam maya dan mendapati bahawa dalam mencari pengisar untuk membuat smoothie, perlulah diambil kira antara lain:
a. Cari pengisar yang bahagian bawahnya diperbuat daripada logam yang agak lebar supaya pengisar itu stabil.
b. Motor pengisar perlulah berkuasa tinggi, iaitu lebih 500 watt. Pengisar perlu mampu mengisar buah yang dibekukan dan juga tentunya ketulan ais. Pengisar juga perlu menghancurkan semua bahan menjadikannya halus. (Nama pun smoothie!! Kalau tidak smooth, bukan smoothielah namanya!!)
c. Jagnya lebih baik yang diperbuat daripada kaca yang kalis calar (plastik tentunya tidak kalis calar). (Biasanya yang berjag kaca bersifat high-end yang tentunya harganya high-end juga!!)
d. Butang kawalannya jenis sentuh (touch pad). ini akan memudahkan pengisar dibersihkan jika berlaku tumpahan.
Mengikut sumber ini, harga pengisar ini agak mahal, sehingga mencecah $400 (dolar Amerika kut??). Kalau begitulah harganya, tidak terbelilah kawan! Apapun, elok kawan tinjau dahulu ya, manalah tahu kalau dapat harga yang jauh lebih murah!?
Sumber maklumat dan foto: http://www.incrediblesmoothies.com/

Pengisar berjenama Blendtec untuk menghasilkan smoothie. |
Mengikut sumber ini, harga pengisar ini agak mahal, sehingga mencecah $400 (dolar Amerika kut??). Kalau begitulah harganya, tidak terbelilah kawan! Apapun, elok kawan tinjau dahulu ya, manalah tahu kalau dapat harga yang jauh lebih murah!?
Sumber maklumat dan foto: http://www.incrediblesmoothies.com/
4 comments:
Saya guna yang sama je, basuh bersih2. Saya ada 3 jag tetapi satu moto. Dulu bezakan utk jus dan cili - sekarang main taram je...
Haaa, hari tu i pun terlintas sbb sblm ni pernah beli jag br sbb jag lama matanya tumpul (Moulinex jenama zaman dulu). Semua jenama ada spare jag ke??
PYang saya biasa Pensonic dan Sharp sebab saya guna dua jenama ini. Lawat bahagian elektik - kami di Giant pun ada beberapa jenis jag. Harga RN29.90
Terima kasih Monie, insya-Allah akan dicari, i pakai Sharp.
Post a Comment