Gubahan ini, seperti namanya, berbentuk huruf L dan Mak Aji rasa ramai yang sudah biasa melihatnya. Mari kita lihat apa yang dihasilkan dengan tunjuk ajar guru, Sally:
Gubahan siap menggunakan gerbera, orkid, heliconia, bunga halus kuning (macam bunga padi, lupa namanya) serta paku pakis. |
Mak Aji ingatkan dalam gubahan bunga tidaklah perlu main angka, namun tekaan meleset - ketinggian gubahan, panjang pendek bentuk L mesti mengikut ukuran yang tepat mengikut formulanya!! (I thought I had enough of figures during my uni days!?).
Mari kita lihat metamorfosisnya ya!:
Buatkan rangkanya dahulu - amat penting! |
Proses menambah bunga. |
Mak Aji panggil proses ini filling in the blanks - lebih kurang sama dengan mengisi tempat kosong semasa membuat latihan kefahaman semasa di sekolah!
Tadaaa... siap - dari dekat!! |
Lagi dekat - cantik sungguh gerbera ni!! |
Catatan: Gerbera ini dikatakan antara jenis bunga yang paling popular selepas bunga ros, orkid, lili dan carnation. Sebenarnya penarafan populariti bunga berbeza-beza mengikut pendapatdan minat masing-masing (maklumat dari Google). Bunga ini biasanya dikemaskan dengan dawai dibahagian batangnya hingga ke leher bunga sebab bunga ini amat mudah melentuk.
No comments:
Post a Comment