Followers

Showing posts with label hantaran. Show all posts
Showing posts with label hantaran. Show all posts

Monday, 16 September 2013

Persiapan untuk Majlis Kenduri Kahwin Farid

As-salam.

Sepanjang talian internet terputus, sepanjang itulah Mak Aji sibuk dengan urusan keluarga. Pihak keluarga besar sebelah arwah mak Mak Aji datang ke KL untuk meraikan majlis perkahwinan sepupu Mak Aji, Farid. Farid merupakan satu-satunya anak emak saudara Mak Aji, adik arwah mak Mak Aji. Usianya sebaya Boy, anak kedua Mak Aji, jadi mereka agak rapat. 

Berikut foto sekitar persiapan di rumah emak saudara Mak Aji, sehari sebelum majlis kenduri kahwin:

Hiasan bilik tidur yang ringkas namun anggun sekali!
I-pad serta tas tangan.
Telekung serta sejadah.
Seutas rantai tangan, sebentuk cincin serta cek (belum berisi).
Sepasang persalinan lace serta minyak wangi.
Hiasan duit mas kahwin.
Mangkuk hadiah untuk tetamu meja makan beradap.
Jari jemari Dato' Kalsom mengisi coklat ke dalam mangkuk mangkuk
khusus untuk tetamu di meja makan beradap.
Ibu pengantin (emak saudara Mak Aji) di kiri
dengan kawannya.
Pada 14 September malamnya telah diadakan majlis tahlil untuk para arwah kaum keluarga kami dan kesempatan tersebut digunakan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami. Majlis cukup meriah dengan kehadiran hampir semua ahli keluarga dari jauh dan dekat, juga disertai oleh kawan-kawan rapat emak saudara Mak Aji. 


Saturday, 8 June 2013

Hantaran semasa Majlis Akad Nikah Zhafran

As-salam.

Adik Mak Aji dari Berdua Bridal telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan hantaran bagi pihak kami. Dalam kesuntukan masa (bertugas sebagai guru secara sepenuh masa!) berikut hantaran hasil kerja tangannya. Terima kasih banyak-banyak Ya!  

Berikut foto hantaran daripada pihak kami kepada mereka:

Telekung
Tas tangan
Telefon bimbit
Set wangian
Kasut
Kek lapis Cadbury (diterbangkan khas dari Sarawak) sumbangan Cik Ning.
Buah-buahan
Mas kahwin serta hantaran.
Berikut pula foto hantaran daripada pihak perempuan:

Buah-buahan
Kasut
Set wangian
Kemeja
Kek red velvet.
Sirih junjung
Jam tangan
Dua mangkuk coklat pelbagai jenis dan rupa - sila rujuk foto di bawah untuk
melihat versi yang berisi!!
Senaskhah al-Quran
Nampak tidak mangkuk coklat itu? Ini versi yang belum dibawa pulang.
Sebahagian lagi hantaran termasuk kek red velvet yang kelihatan.

Semoga foto hantaran boleh memberi idea untuk anda yang berminat tentang hal ini!


Thursday, 14 March 2013

Lain Padang Lain Belalangnya

As-salam.

Seperti yang Mak Aji sebut sebelum ini, semasa Mak Aji ke rumah kawan, Ibu Dewi, dia sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis kahwin adiknya yang akan berlangsung di Jawa Timur. Jadi sempatlah kami menjenguk hantaran yang sudah siap daripada pihak pengantin lelaki kepada pengantin perempuan:

Duit mas kahwinnya bernilai Rp500,000 digubah menjadi bentuk masjid dua dimensi yang siap dibingkai.
Kain pasang dari lace.
Sepasang tas dan kasut untuk majlis rasmi.
Set mekap.
Satu lagi set tas dan dompet.
Set toiletries.
Rantai leher berserta loket dan rantai tangan emas.
Sepasang lagi kain lace.
Sehelai jubah (ada dua kepala pengantin lelaki dan perempuan yang tidur berselimutkan jubah!).
Coli, seluar dalam, kain dalam serta tuala!!
Selimut yang digubah menjadi gajah.
Telekung serta begnya dan sejadah.

Menurut Ibu Dewi, pengantin perempuan akan menerima persalinan serba lengkap (sebab itulah ada coli, seluar dalam serta kain dalam!!). Kami terkejut besar melihatkannya! Katanya lagi, ada juga pihak pengantin lelaki yang terus menghadiahkan kepada isterinya katil, almari baju, tilam, set kerusi dan sebagainya! Kenduri kahwin juga katanya menyediakan makanan yang agak banyak dan pelbagai - jenis lauknya ada yang sehingga 15 jenis!!

Tambah Ibu Dewi lagi, jumlah hantaran bukan setakat yang di foto atas, malah ditambah lagi dengan 10 lagi kuih-muih! Bertambah terkejut kami!!

Begitulah dia sepintas lalu persiapan hantaran kahwin pengantin dari Indonesia, khususnya dari Sidoarjo!




Saturday, 25 August 2012

Hantaran daripada Pihak Perempuan

As-salam.

Mak Aji ingin berkongsi hantaran daripada pihak perempuan kepada pihak kami seperti berikut:


Al-Quran dan kotak/rehalnya.
Pelbagai buah-buahan.
Sirih junjung.
Kasut.
Bunga rampai
Kek.
Jam tangan.
PS3 (hai, orang muda-muda!).
Macarons.
Set tali pinggang dan dompet.
Set wangian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...