Followers

Showing posts with label pokok. Show all posts
Showing posts with label pokok. Show all posts

Saturday, 8 October 2011

Tikam Seladang

Pernah dengar nama Tikam Seladang? Tiada kena mengena dengan aksi dengan seladang, sebaliknya nama sejenis bunga yang nama lainnya Kesidang!! Lukenabeb!!


Saja nak ceriakan hari Ahad yang sunyi sepi - Pak Aji ke seminar tokoh dan pemikiran Imam al-Hadad di Masjid Negeri Shah Alam - tak ikut sebab perlu rehat, esok kerja di Banting, lepas tu terus ke Shah Alam untuk persiapan akhir Pelancaran BBK di SUK Shah Alam. Isninnya pelancaran. 
Berbalik ke tikam seladang, (teringat pula lompat tikam - brutal betul orang Kelantan nih, asyik tikam memanjang??!!) Mak Aji petik bunga tu, sangkut kat tingkap sinki, buat kuatkan semangat buat kerja di dapur. Masuk dapur saja, boleh bau bunganya yang cukup harum, moga lebih bersemangat memasak. Namun begitu, kalau dah tinggal sorang, nak masak apa ke benda, alamat makan roti ajalah.

Monday, 25 July 2011

Akhirnya ...

"Dah sampai perintah untuk berbuah," itu kata Pak Aji bila melihat pokok bendinya baru mengeluarkan buah. Kalau tengok di nurseri, setinggi sekaki setengah sudah mengeluarkan buah, ini tingginya lebih lima kaki, dah setinggi tuannya! Apapun alhamdulillah kerana berbuah juga akhirnya pokok itu.



Orang kata kalau pokok berbuah dan sudah masuk ke dalam kawasan pagar orang, maka buah itu kepunyaan orang sebelah pagar itu. Pokok pisang di belakan rumah Mak Aji begitu keadaannya. Semakin besar buahnya, semakin berat tandannya, maka makin menunduk dan masuk ke pagar Mak Aji. Sekarang jantung pisangnya dah masuk sempadan! Alamat dapatlah pisang yang orang tanam percuma ya?? Cuba saksikan.

Tuesday, 19 July 2011

Masya-Allah

Pokok kemboja yang baru ditanam tempoh hari harap-harap dapatlah berbunga seperti yang di rumah lama seperti di bawah. Masa pindah rumah dahulu, lupa nak bongkar pokok. Bila Mak Aji pergi semula ke rumah itu, tuannya yang baru telah tebang pokok itu! Kalaulah Mak Aji tahu, begitu nasib pokok itu!

Ni gambar pokok tu yang amat Mak Aji sayang, sedang galak berbunga, wangi pulak tu.







Ni pulak pokok tanduk rusa, yang padanya (di sebelah kanan) pokok patawali menumpang!





Ni pulak embun umpama berlian yang terdapat pada pokok tanduk rusa (bentuk melengkung) pada pagi hari. Lihatlah betapa cantiknya formasi ciptaan Allah!!

Saturday, 9 July 2011

Lazy Weekend

After morning prayers, made myself a cuppa tea, armed with crackers, sat at the porch, sipping tea, with a whole bunch of birds singing away in a distance! Alhamdulillah it's good to be alive on such a lovely morning! Breathing in the fresh morning breeze, lazing away - this is THE LIFE! My other half, still in the prayer room with his wirid and what not.  After our morning drink my other half made his way to a Maulid at his friend's house while I made my way to Sg. Buloh again - is it some sort of Saturday ritual now? - do not mind it one bit! In fact, it is something I much enjoy and look forward to. Here we go again - I guess I got to slow down a bit, if not I'll go pokai! The nurseries barely opened and there were hardly any customers yet. So, I had a field time appreciating what they have in store. If I were to go with my other half, he would be rushing me and I always end up getting back home not in a very good mood! What is it with men?? Anyway, this morning I got myself a pokok pisang kaki, about 4 feet high at a very good price, pokok kenanga, two other types of plants which I don't even know their names, some 30 pieces of pearl-grass, and a few bags of earth. Before I knew it, I spent every last ringgit in my purse - a true enough indicator for me to head to the bank before I reach home. No money, no fret, hati puas!

    Lupa nak habaq, ni ros jepun yang dibeli dengan harga RM2 saja. Such brilliant colours! 

Sunday, 3 July 2011

Pokok Anggur

Semalam ke nurseri di Sg. Buloh, semasa dalam perjalanan balik, depan Hospital Sg. Buloh ada orang jual pokok anggur. Teringin pulak nak tanam selepas tengok Saloma Vineyard. Saya beli pokok anggur buah hijau berbiji, setinggi sekaki setengah, siap dengan bajanya sekali, juga contact number penjualnya jika ada apa-apa masalah yang timbul kemudian nanti. All in, RM27. OKlah tu, tak mahal sangat. Dah ditanam, kat belakang rumah. Harap-harap mahu dia berbuah nanti! Kata penjualnya manis buahnya nanti! Insyaallah!!


Nilah dia pokoknya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...