Followers

Showing posts with label bunga tangan/posy. Show all posts
Showing posts with label bunga tangan/posy. Show all posts

Friday, 1 June 2012

Bunga Tangan Lagi

Selain bunga tangan yang dihasilkan semalam, yang menggunakan kaedah yang agak sukar (kung fu - sukar - kata guru kami! Sebab sukarlah Mak Aji terpaksa buka balik gubahan beberapa kali sebab apa yang dibuat tidak menepati kaedah sebenar - memang sukar!), ada juga kaedah yang lebih mudah, iaitu menggunakan sepan bulat bertangkai, yang bentuknya semacam aiskrim. 

Mak Aji percaya ramai yang sudah biasa melihat bunga tangan sebegini - ini yang disiapkan hari ini:

Bunga tangan yang sudah dikemaskan dengan riben.

Ini pula foto hasil yang sama dari dekat:


Gabungan ros dengan daisy serta bunga kecil sebagai pelengkap.

Persiapan bahan tidaklah sebanyak mana bunga tangan semalam. Ini kerana kaedah ini lebih mudah dan banyak menjimatkan masa. 


Bunga dan daun perlu direndam air terlebih dahulu.
Sepan berbentuk aiskrim juga direndam.

Sekarang jika ada yang perlukan bunga tangan, insya-Allah bolehlah Mak Aji hasilkan sendiri!!


Thursday, 31 May 2012

Bunga Tangan

Bunga tangan biasanya dipegang oleh pengantin perempuan semasa bergambar baik semasa merakamkan foto semasa majlis akad nikah mahupun semasa majlis kenduri berlangsung. Besar kemungkinan untuk tujuan memberi tambahan seri kepada pengantin, juga mungkin kerana pengantin terlalu gabra sehinggakan tidak tahu mana hendak diletakkan tangan, maka eloklah beri bunga agar boleh dipegang kemas-kemas supaya hilang gabra kerana menjadi tumpuan sebagai raja sehari! Itu teori Mak Ajilah, entah betul entah tidak!!

Rupa-rupanya bunga tangan (mengikut teorinya) bergantung pada baju pengantin - lebih panjang ekornya (untuk yang berekor!), lebih berjurailah bunga tangannya! 

Mari kita saksikan contoh bunga tangan dalam stok foto Mak Aji:

Bunga tangan ini Mak Aji tempah semasa anak buah
kahwin tempoh hari - bunga ros semata-mata.

Semasa menempah bunga tangan ini, Mak Aji tidak tahu tentang teori berjurai tadi, kalau tidak nescaya tempah yang berjurai sedikit! (majlis kahwin anak buah boleh dilihat di sini - http://ummumadihah898.blogspot.com/2012/01/majlis-kahwin-anak-buah-syaida.html ).

Berikut pula bunga tangan yang Mak Aji hasilkan sendiri: 

Bunga tangan siap.

Banyak persiapan rupa-rupanya perlu dibuat sebelum menyusun gubahan ini. Setiap kuntum bunga dan daunan perlu dipotong, direndam dengan air dan selepas itu diikat dawai. Setelah semua bahan siap disediakan barulah jambangan bunga tangan disusun. 

Memang agak rumit dan lambat menghasilkannya (bagi amatur) tetapi kalau sudah biasa menghasilkannya tentunya masa akan dikurangkan dan hasilnya jauh lebih baik. 

Berikut pula beberapa foto yang Mak Aji pilih dari laman web http://www.sosenflorist.com/  yang memaparkan dua jenis daripada banyak yang ditawarkan. Tentunya hasilnya jauh lebih baik, profesionallah katakan:
                                       
                                      

Mak Aji juga ingin kongsi bunga tangan yang dihasilkan oleh Maya Puri Creations yang boleh dicapai di sini:
http://www.facebook.com/maya.puri.creations

Gandingan ros merah dengan kuning cair serta limau nipis cukup menawan!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...