Mak Aji ada temu janji di The Curve pada petang ini. Semasa dalam perjalanan Mak Aji serba salah untuk meletak kereta di tempat letak kereta The Curve sebab teringat peristiwa seorang perempuan kena samun tidak berapa lama lalu! Mak Aji membuat keputusan meletak kereta di Tesco, di tempat terbuka, di tengah panas! Kereta panas tidak apa, asalkan insya-Allah selamat!
Dalam pada itu, Mak Aji teringat juga akan beberapa kejadian lain yang menimpa wanita yang berseorangan, kebanyakannya dalam perjalanan menuju ke kereta, malah seorang semasa mahu memasuki lif!
Benarlah wanita itu memang berharga, tidak boleh dibiarkan berseorangan, perlu sentiasa diiringi muhrim agar lebih terjaga dan terpelihara keselamatannya. Teringat pula Mak Aji akan kata-kata yang lebih kurang sama yang diperkatakan oleh seorang tetamu dalam rancangan The Deen Show. Barang yang berharga tentunya disimpan kemas agar selamat, tidak dipamerkan sesuka hati (ini tentang soal penjagaan aurat) agar tiada siapa pula yang terlintas di hati untuk mencuri atau mengapa-apakannya!
Kalaulah kita benar-benar menurut ajaran kita secara menyeluruh, meliputi segala aspeknya, nescaya kejadian buruk seperti ini tidak akan menimpa wanita Islam, insya-Allah!!
Betapa Indahnya Islam!! |
1 comment:
:) :)
Post a Comment