Kalau anda kurang biasa dengan istilah ini, sebenarnya istilah Inggerisnya window display. Peragaan tetingkap amat penting untuk sesebuah kedai sebab apa yang dilihar dari luar itulah yang bakal menarik perhatian pelanggan di luar agar masuk ke kedai untuk membeli barang yang diniagakan. Dengan itu, banyak faktor yang perlu diambil berat sebelum merealisasikan suatu peragaan.
Sebelum kita pergi lebih lanjut mari Mak Aji tunjukkan peragaan tetingkap pada kedai bunga So-sen, tempat Mak Aji berkursus:
Peragaan di sebelah kiri pintu masuk, bunga hidup. |
Di sebelah kanan pintu masuk, beruang (pelbagai saiz). |
Cermin/tetingkap sisi kedai, peragaan gubahan bunga tiruan. |
Ini peragaan tambahan apabila melangkah masuk ke kedai, juga dipenuhi beruang pelbagai saiz. |
Setelah membaca nota tentang teori dan setelah berbincang dengan dua lagi pelajar lain yang mengambil kelas yang sama, kami diminta bekerjasama untuk menghasilkan peragaan tetingkap untuk sebuah kedai bunga, menggunakan semua bahan yang ada di kedainya. Setelah berbincang dan bersepakat, inilah hasilnya:
Kami sepakat untuk menonjolkan produk atau barang yang dijual, yang terdiri daripadsa bunga hidup, bunga tiruan, hiasan beruang, coklat, bakul serta pasu bunga. Jadi itulah yang kami cuba paparkan sebaik mungkin!
Ini merupakan kelas yang ketiga puluh dan yang terakhir Mak Aji. Jangan pula Mak Aji terlupa dan 'terpergi' kelas lagi (sudah terbiasa). Sekejap sahaja rasanya masa berlalu. Mak Aji akan rindukan Sally yang tidak kedekut untuk berkongsi ilmu, juga Cheng dan Kuan yang membantunya di kedai.
Sebelum balik, Mak Aji sempat 'bergraduasi', he he!! Ini idea Yen (seorang lagi pelajar Sally) sebenarnya dan Mak Aji dan Sally ikut sahaja!
Mak Aji dan Sally - dah grad dah! |
Seronoklah pulak, semasa Mak Aji grad tahun 1983 dulu, mana ada bunga segala, pegang sahaja skrol biru muda! Cantik bunga tangan itu, kan!!
4 comments:
tahniah tahniah tahniah kak! lepas ni boleh mula ambil tempahan.:-)
nanti selepas frame sijil ya! he he!!
tahniah Mak Aji...
Terima kasih Fatin!
Post a Comment