Followers

Showing posts with label merpati. Show all posts
Showing posts with label merpati. Show all posts

Monday, 14 November 2011

Banglo Bertukar ke Semi-D

Semalam merpati dapat tinggal dalam banglo, tapi hari ini mereka terpasa didown-grade ke semi-d gara-gara kemasukan ahli baru, sepasang ayam kampung yang dibeli semalam dan dibawa balik hari ini. Mak Aji tak pasti sama ada itu langkah sementara atau kekal. Mungkin kalau dah membiak nanti perlu difikirkan untuk dibuat reban ayam yang berasingan pula. 

bersantai dalam rumah baru

banglo bertukar semi-D
Bapak ayam mengajar ibu ayam untuk masuk bertelur

Ibu ayam buat derk aje!

Sejak pagi Pak Aji bertukang lagi membahagikan rumah merpati kepada dua bahagian menggunakan kayu papan lapis. Satu lagi pintu dibuat untuk merpati. Berikut hasilnya:

Ayam jantan sudah mula berkokok, tak habis-habis Pak Aji memuji ayam jantannya bersuara 'solid.' Insya-Allah pagi esok bolehlah kami dikejutkan oleh ayam berkokok! Kata Pak Aji ayam berkokok jam 3.00 pagi (Mak Aji kata untuk kejut orang bangun tahajud, Pak Aji kata kejut orang tengah tidur, dini hari sejuk, terus tarik selimut!). Apa-apalah. Oh ya, sekali lagi ayam berkokok waktu Subuh. Itu memang nak kejut orang bangun solat Subuh. Seronok juga bela ayam ni ya!

Sunday, 13 November 2011

Merpati dan Anak Ayam

Selepas selesai berkebun di laman rumah, Mak Aji dengan Pak Aji ke petshop untuk membeli merpati. Kami pilih dua pasang, seekor bintik-bintik hitam putih, seekor grey/kelabu asap bertompok-tompok dan dua lagi putih tetapi ada sedikit warna coklat di belakang. Tiada yang keseluruhannya putih (kata tuan kedai, yang putih keseluruhannyalah yang dibuat ubat - ubat apa tidak pula beritahu, Mak Aji pun tidak menanya). Semuanya diberi harga RM80.00.
Selain itu, Pak Aji juga beli anak ayam enam ekor, harga 3 ekor RM10.00. Setelah membeli segala keperluan tempat makan mereka dan sebagainya, kami balik. Berikut gambar ahli-ahli baru keluarga kami:
Rumah burung yang siap sepenuhnya
masih takut-takut masuk rumah baru
malu nak turun makan minum!
Di bawah pula anak ayam yang dibeli:

enam ekor anak ayam baka ayam daging


Bila hari nak hujan, Pak Aji ubah suai rumah sementara anak ayam menjadi seperti berikut:


selubung dengan plastik dan tutup dengan payung supaya tak kena hujan!

Kata Pak Aji, "Ayam pun nak pakai payung juga!" Apa-apalah!

Friday, 11 November 2011

Keputusan Muktamad

Akhirnya selepas Mak Aji memberi maklum balas lagi (tentang arnab) pada petang ini kepada Pak Aji, maka dia pun membuat keputusan bahawa rumah yang dibuat itu untuk burung merpati!! Punya lama nak dapat keputusan, dok ding dong ding dong, jadi, mungkin esok lusa dapat beli merpati?? Seronok tu! 

Rumah merpati setakat petang ini sekitar separuh siap, mungkin lebih. Cuma satu kerisauan Mak Aji. Katanya najis burung merpati agak 'bisa,' kalau kena pokok mati. Dengar khabar juga burung merpati merupakan pembawa penyakit (carrier) dan najisnya ada kuman e-coli dan salmonella. Jadi, najisnya perlu dikendalikan dengan betul.

Saturday, 5 November 2011

Tak Sempat Beraya

Ingatkan sempatlah Pak Aji siapkan tempat burung dan merpati, rupanya demam balik - sakit badan - lama tak bertukang agaknya, tambahan pula badan belum cukup baik daripada demam - kesian! Sementara itu sempatlah kami meninjau blog-blog tentang merpati dan arnab. Rupanya arnab yang Pak Aji suka (pedaging) yang baka import (pure breed) atau yang kacukan dengan baka tempatan dan bersaiz besar, harganya boleh tahan juga besarnya, sekitar RM 500 sepasang!! Harga daging arnab pula sekitar RM38 sekilo! Wah, boleh tahan jugak ya. Mak Aji ingatkan tak adalah semahal itu, paling-paling pun sekitar tak sampai seratus sepasang?? Rupanya telahan meleset! Mak Aji seronok tengok gambar sebab arnab comel, Pak Aji pulak sibuk tengok yang montel sebab banyak dagingnya!

Merpati pun lebih kurang juga dari segi harganya - agak mahal! Itupun bergantung pada jenis baka apa, kalau yang biasa-biasa, yang putih sekitar RM50 sepasang. Kalau jenis lain tak payah tanyalah!

projek terbengkalai - macam senget aje??

kunyit berbunga lagi kali ketiga! Terpaksa pindahkan kunyit dan kesum demi arnab dan merpati!
Pokok kesidang bakal akan naik ke atas bumbung rumah arnab dan merpati manakala anggur terpaksa diajar menghala ke kiri pula (dulunya ke kanan). Besar pengorbanan demi ahli keluarga baru yang entah bila akan muncul??

Friday, 4 November 2011

Kisah Pak Aji dengan Burung Merpati dan Arnab

Ini bukan kisah arnab dengan kura-kura ya. Semua orang sudah tahu cerita itu. Ini kisah Pak Aji dengan burung merpati dan arnabnya (bakal, belum ada lagi). Minggu ini kami berdua 'kong' demam, 'mengeram', dua hari tak bangun. Pada hari kedua sebelah petang, demam dah agak baik sedikit Pak Aji kelentung-kelentang di belakang rumah - Mr. DIY is at it again -  Mak Aji jenguk, katanya nak buat sangkar burung merpati dan juga arnab. Sebenarnya sehari dua sebelum itu Pak Aji sudah pergi meninjau-ninjau burung merpati di petshop, tambahnya lagi, dia diberitahu bahawa darah burung merpati apabila dilumur pada badan orang yang baru kena lumpuh, dengan izin Allah boleh baik! Setakat hari ini dah agak-agak separuh siap. Kalau dia siapkan cepat, bolehlah kami beraya dengan ahli keluarga baru!!!

Ini jenis yang mahai punya, kami nak beli yang biasa-biasa saja

Mak Aji suka yang kecil putih begini, Pak Aji suka yang
baka besar, kita tengok siapa menang??


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...