Followers

Sunday, 24 June 2012

Projek Apa Lagi??

Pak Aji masih merancang untuk projek seterusnya bagi menghasilkan outdoor living di belakang rumah - tempat (tengok bulan) santai keluarga, katanya. Mungkin juga tempat untuk barbeku?? Bagus juga! Insya-Allah kerja bermula esok. Inilah namanya projek orang pencen, ada sahaja yang mahu dikerjakan, sebab sudah tidak kerja, maka sengaja dicari kerja!

Tiang dan juga pelepar.

Kayu serta tiang pelepar (balustrade) sudah berlonggok menunggu tukang yang akan mula kerja esok. Agak-agak seminggu siaplah insya-Allah. 




2 comments:

Aida Salleh said...

boleh juga jadi tempat kami melepak kalau bertandang ke rumah akak selepas akak pencen nanti kan? :-)

Ummu Madihah said...

Insya-Allah boleh Da, memang bakal tempat lepak tu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...