Penyakit berjangkit di rumah tempoh hari bermula dengan TV pipih, lepas itu berjangkit ke beyond, lepas itu ke home theatre, dan akhirnya reda dengan siapnya kabinet TV. Penyakit berjangkit ini rupanya berjaya merabakkan kocek, nasib baiklah timbul konsep koperasi di sini, jadi lebih ringanlah beban yang ditanggung.
Mak Aji berkali-kali berkunjung ke Ikea, dan ini antara kabinet TV siap yang ditinjau:
|
Yang ini terlalu lebar. |
|
Yang ini pula tidak banyak ruang untuk simpan buku. |
|
Yang ini pula terlalu kecil, tidak dapat menggunakan sepenuhnya ruang yang ada. |
Setelah meninjau sekali kosnya, akhirnya langkah yang bijak - menempah sahaja dengan En. Ng yang menghasilkan almari pasang siap tempoh hari. Harganya juga berpatutan dan dia menggunakan semaksimum mungkin lebar ruang dinding yang ada. Ini hasil kerjanya:
|
Ngam dengan ruang, banyak ruang untuk simpan buku. Harga juga berpatutan. |
Selesailah sudah kisah penyakit berjangkit. Jangan pula penyakit ini menular ke tempat lain pula, mahu pening dibuatnya!!
No comments:
Post a Comment