Followers

Showing posts with label anai-anai. Show all posts
Showing posts with label anai-anai. Show all posts

Sunday, 17 June 2012

Umpan Anai-anai

Tempoh hari Mak Aji menghubungi sebuah syarikat kawalan serangga perosak. Setelah mendapatkan anggaran harga Mak Aji serahkan kepada Pak Aji untuk membuat tindakan susulan. 

Setelah Pak Aji berbincang dan belum sempat pun membuat temu janji dengan wakil syarikat itu, Pak Aji terus mengadu yang kadarnya terlalu tinggi dan dia terus membuat keputusan untuk menangani sendiri masalah itu. Caranya dengan membeli umpan anai-anai (baiting system) yang entah dari mana dibelinya.

Mak Aji sebenarnya lebih suka menyerahkan perkara ini kepada pakar bidang dan bukan cuba menyelesaikan sendiri sebab kita bukan pakar! Kalau mahukan penyelesaian yang terbaik berserta dengan jaminan untuk tempoh masa tertentu, maka ongkosnya perlulah kita tanggung!!

Apapun, Mak Aji terpaksa berserah dan pasrah - siapalah kita untuk membuat keputusan? Mak Aji amat berharap dan berdoa agar masalah ini terkawal dan jangan sampai rumah runtuh nanti!!


Anai-anai.
Kemusnahan kerana anai-anai.
White House pun menggunakan sistem ini!



Monday, 11 June 2012

Diserang Anai-anai

Semasa kami bina rumah ini beberapa tahun dahulu Pak Aji memang ada membuat rawatan anai-anai pada asas rumah. Walau bagaimanapun setelah kami membuat ubah suai rumah beberapa kali, bahagian yang baru diubah suai tidak dibuat rawatan apa-apa. Rumah kosong di sebelah rumah yang terbengkalai pula sebelum ini menjadi rumah anai-anai (telahan Pak Aji). Apabila rumah itu disiapkan dan penghuninya sudah masuk, maka anai-anai pun mencari rumah baru - rumah kamilah!! Ini kesan yang dilihat pada palang pintu bilik air dan di lantai bilik lama Mak Aji:

Di palang pintu bilik air.
Di lantai bilik.

Mak Aji sudah menghubungi sebuah syarikat pest control, cuma mereka belum hubungi kembali untuk temu janji bagi mereka membuat penilaian sejauh mana tindakan yang diperlukan. Apapun, cepatlah wei!! Baru beberapa hari lepas Sue ada menyebut rumahnya diserang anai-anai, sekarang Mak Aji pula!! Ada ke doa apa-apa yang sesiapa tahu untuk menghindar atau menghalau anai-anai ini - makhluk Allah juga kan?? 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...