As-salam.
Sekitar minggu lepas sebelum Mak Aji keluar dari rumah Mak Aji sudah pun perasan yang minyak kereta sudah hampir tinggal kosong. Sambil menunggu lampu isyarat bertukar hijau, niat untuk membelok kanan untuk terus ke stesen minyak berubah apabila Mak Aji bertukar fikiran untuk memandu terus ke pejabat pos mini di Kuang. Niat untuk mengisi minyak dilupai terus semasa melintas lalu stesen minyak Petronas. Setelah keluar dari pejabat pos dan menghala ke Bukit Rahman Putra, barulah Mak Aji teringat akan minyak yang hampir kosong. Meter minyak ketika itu sudah menunjukkan angka 0!!!
![]() |
| Minyak tinggal 0 wei!! |
Apa lagi, muka Mak Aji berasa panas serta-merta (warna muka agaknya sudah bertukar ke macam-macam warna, hijau, biru merah agaknya!), panik tidak terkata. Pendingin hawa terus dipadamkan untuk menjimatkan minyak sehinggalah Mak Aji selamat sampai ke stesen minyak terdekat. Setelah mengisi minyak RM50 dan meter menunjukkan angka 400 lebih, barulah Mak Aji menarik nafas lega! Pucat putih den!


