Followers

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, 1 July 2013

Majlis Maulid

As-salam.

Pada minggu lepas Mak Aji dan Madihah dijemput oleh seorang kawan untuk hadir ke rumah kakak iparnya di Bandar Utama bagi memeriahkan majlis maulid dan qasidah bersama-sama kumpulan hadrah dari Solo, Indonesia. Sebahagian anggota kumpulan ini merupakan anak murid pesantren Habib Soleh di Solo sementara sebahagiannya merupakan penuntut kolej. Mereka sebenarnya dibawa ke sini selama sebulan atas undangan pihak Felda untuk mengajar (Mak Aji andaikan mengajar maulid dan qasidah). Berikut foto mereka:




Alunan qasidah serta maulid begitu merdu dan mengasyikkan sekali. Mak Aji membuat rakaman tetapi maaflah ya, tiadalah boleh Mak Aji kongsikan di sini.


Thursday, 16 May 2013

Hot Girls

 As-salam.

Mak Aji ingin kongsikan nasihat agama/peringatan yang diperoleh semasa hadir ke majlis ilmu pada setiap Jumaat malamnya di Masjid Muaz bin Jabal di Setiawangsa. Maklumat lanjut tentang majlis ilmu mingguan ini dapat diperoleh di sini

Jumlah muslimin dan muslimat yang hadir memang ramai jadi CCTV digunakan untuk memastikan jemaah dapat memanfaatkan kuliah walaupun berada di luar dinding masjid. Ada juga TV yang memaparkan AJK masjid tersebut dan sebagainya. Antara maklumat lain yang dipaparkan merupakan nasihat agama berikut:

Girls without hijab are hot,
Girls with hijab are beautiful...

That is why hell is hot
and paradise is beautiful!!

Sejuk mata memandang!
Sumber foto: www.fashionhijabstyles.com

Sekadar itu sahaja perkongsian, semoga kita sentiasa beringat-ingat dan beroleh manfaat!

Wednesday, 25 July 2012

Idris Tawfiq - Daripada Paderi ke Pendakwah

Sambil blogwalking, Mak Aji terjumpa suatu video dalam youtube yang ingin dikongsi. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat daripadanya, terutama sekali kita yang memang dilahirkan sebagai umat Muhanmmad SAW. 



Monday, 25 June 2012

Betapa Indahnya Islam!

Mak Aji ada temu janji di The Curve pada petang ini. Semasa dalam perjalanan Mak Aji serba salah untuk meletak kereta di tempat letak kereta The Curve sebab teringat peristiwa seorang perempuan kena samun tidak berapa lama lalu! Mak Aji membuat keputusan meletak kereta di Tesco, di tempat terbuka, di tengah panas! Kereta panas tidak apa, asalkan insya-Allah selamat! 

Dalam pada itu, Mak Aji teringat juga akan beberapa kejadian lain yang menimpa wanita yang berseorangan, kebanyakannya dalam perjalanan menuju ke kereta, malah seorang semasa mahu memasuki lif!

Benarlah wanita itu memang berharga, tidak boleh dibiarkan berseorangan, perlu sentiasa diiringi muhrim agar lebih terjaga dan terpelihara keselamatannya. Teringat pula Mak Aji akan kata-kata yang lebih kurang sama yang diperkatakan oleh seorang tetamu dalam rancangan The Deen Show. Barang yang berharga tentunya disimpan kemas agar selamat, tidak dipamerkan sesuka hati (ini tentang soal penjagaan aurat) agar tiada siapa pula yang terlintas di hati untuk mencuri atau mengapa-apakannya! 

Kalaulah kita benar-benar menurut ajaran kita secara menyeluruh, meliputi segala aspeknya,  nescaya kejadian buruk seperti ini tidak akan menimpa wanita Islam, insya-Allah!!  

Betapa Indahnya Islam!!

Thursday, 16 February 2012

Peringatan untuk Muslimah

Esok hari Jumaat. Nasib baiklah hujung bulan, kalau waktu baharu dapat gaji, hari Jumaat memang ditunggu-tunggu oleh kaum wanita, apa lagi jika musim perayaan, atau musim jualan murah! Apa lagi, shoppinglah!
Bila sudah asyik melayan mata, ada segelintir yang 'lupa' nak solat. Apa kata kita layan iklan berikut:


Kalaulah ada iklan sebegini di TV kita, bukankah baik? Bukannya apa, sebagai peringatan kepada kita, bukankah kita manusia yang sering alpa, dan mesti sentiasa diberi peringatan??!!

Tuesday, 27 December 2011

Tujuh Sunah Rasulullah s.a.w.

Mak Aji nak kongsi tujuh amalan sunah yang boleh kita amalkan dalam kehidupan kita sehari-hari agar sedikit sebanyak dapat kita mendekatkan diri kepada-Nya: 

1. Solat tahajud -   Kemuliaan seseorang mukmin dikatakan terletak pada tahajudnya. Mengamalkannya akan mendekatkan kita kepada-Nya dan mudah-mudahan dengan itu, doa kita akan lebih mudah makbul.


2. Membaca al-Quran sebelum matahari terbit - Sebelum kita keluar dari rumah pagi-pagi, eloklah jika kita dapar menatap al-Quran dan membacanya dengan pemahaman. Jika tidak berkesempatan, bacalah sekurang-kurangnya 3 Qul atau ayat Kursi sebagai ganti.


3. Kunjungilah masjid terutama sekali untuk solat Subuh. Sebelum kaki melangkah ke mana-mana, eloklah kaki melangkah ke masjid terlebih dahulu, bukan atas panggilan muazin tetapi panggilan Allah s.w.t. untuk mencari orang yang beriman untuk mengimarahkan masjid.


4.  Solat Dhuda - Mereka yang menjaga solat Dhuha dijanjikan rezeki oleh Allah s.w.t.

5. Bersedekah setiap hari - Orang yang bersedekah akan selalu didoakan oleh malaikat dan Allah s.w.t. juga menjanjikan rezeki yang berlipat kali ganda untuk orang yang bersedekah. Bersedekah juga dikatakan dapat menyucikan harta dan juga dapat memberi kesembuhan daripada penyakit.


6. Jaga wudu secara terus-menerus kerana Allah s.w.t. menyayangi hamba-Nya yang kekal berwudu. Menurut Ali bin Abu Talib, " Orang yang berwudu akan senantiasa berasa dia selalu solat, walaupun dia bukannya sedang solat, dan dijaga oleh dua malaikat dengan dua doa, yakni agar dosanya diampuni dan agar sentiasa disayangi Allah s.w.t."   


7. Mengamalkan istighfar - Semoga dosa-dosa kita sentiasa diampunkan oleh Allah s.w.t. Zikir seperti ini juga amalan yang menjadi makanan rohani yang sangat penting untuk kesejahteraan spiritual kita. 


Mak Aji mengingatkan diri sendiri agar sebaik mungkin mengamalkan semua sunah yang diperturunkan. Semoga Allah s.w.t perkuatkan hati agar mampu menekuninya, insya-Allah!

Friday, 14 October 2011

Closer to Our Shores

In today's news there was a story about an earthquake in Bali which registered the figure 6 on the Richter scale. The other day, it was an earthquake in New Zealand, again. Day by day I feel like it is coming closer to our shores! For all you know, tomorrow we will experience an earthquake right in the heart of Kuala Lumpur?? Is that possible? Nothing is impossible nowadays!

Sometimes, when sitting on my office chair, on the 24th floor of my office building, I experience the floor shaking a bit. It has been a few times that I experience that and it gives me the jitters. How I wish I don't have to go through it again. I prefer being closer to the ground. Feels much safer at home, my humble single storey abode.

For someone like me, old as I am, I do not have much hope for the future. I do know that I would not be here long, I do not need much (money or otherwise) to keep me going, just enough time to make my preparation before I meet my Maker. From the looks of things, the world would not last so long too!

Tuesday, 11 October 2011

Final Call

I cannot imagine myself growing old and sick, wearing adult diapers because I could no longer control my bowels. On top of that is being senile. If I can have my way, I would want my passing as quick and not being a burden to my other half (if he's still around then)  and my children. I prefer that Allah reminds me of His final call my making me sick (but not for long, I hope?) and then off I go without much fuss. I also hope that I can dedicate my final years only for Him and none others. My thoughts, my actions should only be about and for Him. Only then would it be easier for me to really let go of all worldly belongings and submit myself to Him, Insya-Allah.  If only we can have a say in all such matters! It goes to show that we can only plan many big things and ultimately it is Him who determines it all!! 

Wednesday, 7 September 2011

Senipis Kulit Bawang

Raya tahun ni memang luar biasa, dengan berulang dua kali ke Taiping menjenguk adik di hospital. Beraya di hospitallah dia tahun ni. Begitu juga dengan adik ipar. Anak-anaknya pun terlepas peluang beraya di kampung seperti biasa. Kak Long pula terpaksa beli baju raya di Taiping sebab tak bawa baju raya, tak sangka yang akan beraya pertama di sana. Itulah dia yang dinamakan takdir yang memang sudah tersurat sejak azali lagi. Bak kata seorang alim, kalau kita rancang sesuatu dan rancangan kita tak menjadi, itulah yang dinamakan kerja Allah. Kalau selama ini apa yang kita rancang asyik menjadi sahaja, kita terlupa bahawasanya apa yang berlaku sebenarnya rancangan kita selari dengan apa yang Allah tentukan. Kalau tak menjadi, kita hanya fikir bahawa yang tak jadi tu kerana kurang persiapan dll, tapi hakikat sebenarnya rancangan kita tak selari dengan kehendak-Nya.

Kita sebagai manusia sentiasa dalam kealpaan. Maka, kita perlu sentiasa diingatkan. Allah akan menduga kita dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebagai peringatan kepada kita. Ada yang dicabar dengan kesenangan dan kemewahan - ini yang sering menjadikan kita lebih alpa!, dan ada juga yang diduga dengan musibah - kita lebih mudah ingat kepada-Nya. Dalam keadaan yang kedua, perlu kita reda dengan segala ketentuan-Nya dan memohon agar segala kesulitan yang ditempuh itu akan menjadi kifarat kepada dosa kita yang tak terkira banyaknya!

Mak Aji berharap adik pun begitu, menerima seadanya segala cabaran yang ditempuh sekarang dan yang akan datang dengan penuh reda. Sudah barang pasti segala ketentuan-Nya ada hikmahnya.

Pengalaman raya tahun ini juga mengingatkan Mak Aji akan pengalaman menjaga arwah mak di Hospital Besar KL hampir 20 tahun lepas. Arwah mak mengalami kegagalan buah pinggang dan beliau meninggal di hospital tersebut. Semasa arwah masih hidup, Mak Aji bertugas menjaga beliau setiap hari minggu dan pada hari Isnin mandi dan bersiap-siap ke pejabat dari hospital. Pada suatu malam, mak cik di katil sebelah mak meracau-racau sepanjang malam. Tiada siapa ahli keluarga yang menemaninya. Awal pagi esoknya Mak Aji sedar katilnya dikelilingi skrin. Rupanya mak cik itu dijemput malaikat maut malam tadi! Mak Aji termenung, mengingatkan betapa dekatnya kita dengan mati! One minute you're here, the next minute you're on the other side!   Soalnya sudahkah kita bersedia untuk kembali kepada-Nya?? Dunia ini dikatakan sebagai ladang untuk kita bercucuk tanam dan berusaha menyediakan bekal untuk kembali. Sejauhmanakah persiapan kita?? Ya Allah berilah ruang dan peluang kepada kita semua untuk kembali kepada-Mu dengan segala persiapan yang perlu dibawa bersama!! Matikanlah kami dalam husnul khotimah! Amin!!

Friday, 26 August 2011

Sekadar Peringatan Untuk Kita Semua

Pernah tak lihat perempuan solat tanpa menutup aurat? Cuba lihat gambar ini:
Mudahnya dia solat, main gitu-gitu aje!

Ni ada sedikit maklumat tentang aurat wanita yang kadang-kadang kita lupa - sekadar nak mengingatkan semula.

13 Aurat wanita yang perlu sangat di jaga.

1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng - Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecu ali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. Mata - Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
13. Rambut - Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim./Yeny

Thursday, 25 August 2011

Cemburu dan Bidadari

Sambil mencari petua untuk melegakan gastrik, Mak Aji terjumpa artikel ini. Rugi kalau tak baca!

CEMBURU DAN BIDADARI
“Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada
bidadari?”
Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah),
sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz
Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.
Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..

Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa
yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak
nak luahkan perasaan tu.
Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari
syurga. Aku guna perkataan ‘meluat’ sebab aku rasa inilah istilah yang
paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan
‘bidadari’, aku tak nafikan.
Apa puncanya sampai jadi macam tu?
Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.
Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa
suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap
kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.
Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah
tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada
menyebut, “Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang
membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita
menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup,
majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang
masih lemah imannya..”
Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..
Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga ‘pantang’ disebut tentang
bidadari di depan wanita.
Tapi..Dalam Al-Qur’an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho…mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham
pun bila mendengar atau membaca Qur’an.
Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita ‘bermusuh’ dengan
bidadari? Tak ada cara nak ‘mendamaikan’ dua golongan ni ke?
Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.
“Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan
seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang
penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli
syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang
masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia..” Padat dan
bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si
datin tunduk sambil tersenyum kelat.
Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita
ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari.
Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan
mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat
bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika
bulan menyepi.
Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan
bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam
gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami
takkan beralih dari melihat isterinya.
Hebat kan? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus
kalau tiada saingan?
Tidak juga.
Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di
langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik
sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak
dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh
mata memandang?
Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari
yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami
anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di
mata suaminya.
Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah
Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak
halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah
berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya.
Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu
mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.
Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang
berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
“sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia
mereka”.
Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan.
Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa
merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat
sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan
HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).
Tentang pengertian kalimah atraaba pula, nantilah bila ada masa yang
sesuai aku huraikan dalam artikel yang khusus tentang bidadari..for guys
only. ;-j
Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani
bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan?
Barulah bidadari lain tak ‘kacau daun’.
Betul?
Tapi adakah anda pasti?
Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni
syurga;
Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan
bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, “Benar. Oh, sungguh
hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus,
dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih.” ~au kama qaal
Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka
alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.
“Tak kisah, janji dia tak layan bidadari..” mungkin itu jawapan seorang
wanita.
Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith
yang menyatakan bahawa “tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak
memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau
dahaga..”. (au kama qaal)
Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa
minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?
Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan
mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. “Ketua!
Biar kami pula ambil alih!” …mungkin itu yang mereka kata.
“Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!”
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.
Izinkan saya bertanya lagi; “Tak nak pergi shopping ke?” ; )
“Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?”
Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu ‘pasar’ di syurga. Di pasar inilah,
ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu
diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi
keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.
Dan di ‘pasar’ syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan
perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka
warna dan bentuk.
Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh ‘produk’ yang dipamerkan,
niatkan “Aku mahu yang ini!”; maka dengan serta-merta benda itu sudah
dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada
ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.
Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?
Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi
yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang
diperolehi mereka.
Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda
tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak
’search’ apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan
terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.
Maka di ‘pasar’ syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta
aksesori wanita (dan lelaki) dalam ‘rekabentuk terbaru’…’latest design’
kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.
Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA!
Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik
pecat orang (”you’re fired!”). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta
kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah
saleh tu..
Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh
didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian
Wanita.
“Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?” ..cheh. Ada sorang minah yang baca
artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..
Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
“Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah,
sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi,
dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi”.
belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;
“Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang
terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi
mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu
senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat
yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada
yaqut, lu’lu’ dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada
sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak
antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit
dan bumi.”
Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu
isra’ dan mi`raj.
Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia
yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada
mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga
setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi
sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil,
tidak menzalimi seorangpun hambaNya.
Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat
mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun
kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.
Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah
bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua,
barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.
Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang
kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat
perabut dan peralatan dapur?
Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita
lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas
dapur.
Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah
bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih
mahal daripada emas!
Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli
syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu,
pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.
Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda
akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas!
Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada
berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).
Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal
dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping
la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh
bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira
dapat membantu.
Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka
berkhidmat. Anda kan ketua mereka?
Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan
dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.
Tapi kalau nak dapatkan ‘design’ terbaru tu, kenalah keluar dari rumah
(istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga
akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.
Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun
belum habis melihat keseluruhan bahagian ‘pasar’ itu. (kalau naik
kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat,
mengatasi kelajuan cahaya).
Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk
melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!
Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap
minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan,
kurun hadapan, alaf hadapan…sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..
Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping
dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan
sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)
..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai
syurga bersama bekas rakan sekampungnya…atau mungkin dia cuma nak
‘berehat di rumah’ saja.. ;-j
Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan
tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego
dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur.
Qaalu salaaman-salaama~
Lelaki dan wanita saudaraku sekelian.. MARILAH MENUJU KEJAYAAN !!!

sumber: http://www.petua.org/?p=298#comment-7129

Wednesday, 24 August 2011

Haiwan Pelbagai Guna

Kalau pokok kelapa dikatakan sebagai pokok pelbagai guna, bagaimana pula dengan haiwan? Sambil jalan-jalan di alam maya, Mak Aji terjumpa artikel ini yang agak rinci tentang perkara di atas. Sila baca sendiri agar terkejut seperti Mak Aji juga!


Dah baca? Susah juga nak lari daripada kerbau pendek ni ya, rasa macam kita kena kejar walau ke mana kita pergi. Jadi, kalau kita nak mengelaknya, kenalah lebih berhati-hati bukan sahaja tentang apa yang dimakan, di mana kita makan, apa yang kita pakai (baju, kasut,   ) .... The list goes on and on, like there's no end to it!! Jangan dok makan sangat makanan yang diimport, juga barangannya  - go local, buy Malaysian! Inilah masanya kita patriotik sikit. Kalau barang tempatan pula, cuba cari buatan orang kita, orang Islam. Kalau terkena juga, agaknya kita akan terlepas daripada disoal banyak nanti (Yaumul qiamah), sebab kita dah ikhtiar, wallahualam!  

Thursday, 18 August 2011

Forum Ramadan

Pagi ini Mak Aji sungguh bertuah kerana dapat hadir acara Forum Ramadan yang tokoh jemputannya Sheikh Nuruddin al-Banjari al-Makki, seorang ulama ternama dari Banjarmasin. Mak Aji sudah beberapa hadir ke kelas beliau di Masjid a-Falah, USJ Subang Jaya. Memang sentiasa ramai jemaah hadir. Bertuah rakan-rakan dari tempat kerja Mak Aji yang berpeluang hadir acara ini. Begitu banyak perkara berkaitan puasa yang dikupas dan ada yang menusuk jiwa, terutama doa di akhir acara. Semoga pihak ofis berpeluang menjemput beliau lagi pada masa-masa hadapan.


Saturday, 13 August 2011

Konpius

Lewat pagi ini anak-anak ajak ke IKEA untuk cari barang. Anak dara mahukan full-length mirror untuk bercermin, almaklumlah tak lama lagi nak raya, nak tenang rupa bila pakai baju raya agaknya??!! Si adiknya pula nak kena beli sandal untuk raya. Bermula dari Kota Damansara, bermulalah kesesakan hinggalah ke IKEA. Ramai yang nak raya agaknya. Bila ditengok betul-betul tak adalah sangat yang muslimnya. Kalau di tempat itu pula, agak susah nak agak sama ada muslim atau tidak, kalau dah pakaiannya tak sepatutnya dipakai oleh muslim dan muslimah. Kena tengok betul-betul, kalau terdengar mereka bercakap, barulah kot boleh agak muslim ke tidak. Entahlah, tak tau nak cakap, kan ke Nabi saw berpesan, kalau kita mengamalkan cara hidup orang bukan Islam (dalam segala apa hal sekalipun), maka kita akan menjadi sebahagian daripada mereka!

Satu lagi yang Mak Aji selalu perhati, sama ada lelaki atau perempuan. Kalau yang bangsa dan agama lain tak payah cakap banyaklah. Yang dimaksudkan ini, Melayu. On top of that, boleh bangga dan menunjuk-nunjuk pulak tu cara yang mereka serupa orang lain. Kita pulak yang malu dengan gelagat mereka! Mak Aji iman tak kuat, tak sampai ke tahap menegur, cuma berkata-kata di dalam hati sahaja, tanda protes.

Friday, 5 August 2011

Untuk Manfaat Bersama

Diam tak diam insya-Allah hari ni dah hari kelima kita berpuasa. Mak Aji ada bahan yang nak dikongsi dengan anda semua, suatu bahan yang diharap boleh dimanfaatkan dalam bulan penuh barakah ini. Mak Aji sertakan linknya:  www.scribd.com/doc/6459949/Panduan-Ibadah-Ramadhan

Selamat Berpuasa!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...